New AFC System
Assalamualaikum
Fuhh baru lepas abis meeting, pasal sistem AFC baru yang akan menggantikan AFC yang lama di stesen-stesen Komuter. AFC??? Apekah itu?? Adik beradik KFC kah? Atok AC Mizal kah? Mesti chingu-chingu sekalian tertanya2 apekah AFC itu. Pada yang kurang familiar dengan perkataan tersebut,sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Konsep AFC sistem yang baru ni lebih kepada menggunakan kad pintar tanpa sentuh ( contactless smart card) dan juga token. Diharap sistem ini lebih praktikal dan memberi keselesaan kepada penumpang untuk menaiki tren. Xperlu beratur panjang2 untuk beli tiket. Sebab kad pintar tu konsep dia macam kad Touch n Go. Hanya sentuh di 'gate' dan lalu terus melalui 'gate'. Senang bukan? Untuk keselesaan dan untuk menaiktaraf imej KTMB, saya dan team saya perlu lah bekerja keras memerah otak dan keringat yang ada untuk memastikan projek ini berjalan mengikut jadual yang telah di tetapkan.
Now tengah pening kepala nak betulkan Graphical User Interface message atau dalam BM nya Antara Muka Grafik Pengguna. Fungsinya adalah untuk kemudahan pengguna yang nak beli tiket di mesin dapat berinteraksi dengan mesin tu dengan menggunakan perkataan-perkataan dan visual yang terpapar di mesin membeli tiket, di get, dan juga di komputer menjual tiket. So kami kena pastikan perkataan tersebut adalah standard dengan penggunaan sistem mesin di Malaysia dan mudah di fahami oleh pengguna. Xnakla nanti penumpang nak beli tiket, x faham apa yang tulis kat mesin tu sebab perkataan macam ayat indon.. " Mau beli tiket kah buk?".."Masukkan uwangnya", " Kad tidak bisa di keluarkan". Adoii. Bahaya kalau jadi macam ni.
So team kami dalam proses untuk mengedit GUI message yang di berikan oleh kontraktor, sebab most of ayat-ayatnya macam bahasa Indonesia. Dia direct translate dari bahasa inggeris. Tu yang jadi tunggang langgang ayat bahasa melayunya. Ok nak sambung keje. Nanti saya update lagi info pasal sistem AFC ni ye . Dan entry akan datang saya akan reveal sikit demi sedikit gambar-gambar mesin yang akan di guna pakai di stesen KTMB. Untuk menambah info para pengguna. Selamat bekerja. Chaiyok2.
Salam :)
Wassalam

Gambar hiasan: Cannila rupa token. Tapi xdela sebijik camni. Kaler, tulisan, sumenye berbeza seperti di atas. |

Comments
Post a Comment
Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)