My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 23, 2013

10 Apps yang akan menceriakan telefon pintar android anda

Assalamualaikum
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Baru-baru ini saya dengar berita yang pengguna telefon pintar android di Malaysia telah berjaya mengalahkan pengguna symbian. Betul ke? Nampaknya android sekarang sudah semakin digemari.
 
Baiklah berbalik pada tajuk diatas, jadi dalam entri ni saya nak kongsikan dengan anda 10 apps yang akan menceriakan telefon pintar android anda. Ceria atau tak jom kita tengok satu persatu.

 

 

1. Facebook for Android

Saya rasakan seperti sia-sia saja anda beli telefon android ni kalau tak pasang apps ni.hehe gurau je. Sebabnya siapa yang baca post ini sekarang takde Facebook angkat tangan. haa nampak semua tak angkat tangan. Maksudnya semua ada Facebook la kan. Jadi muat turun dan pasang lah Apps ni. Antara fungsi yang disediakan oleh FFA ni adalah
* Membolehkan anda muat naik gambar, update status dan lain-lain (tapi rasanya tak boleh nak tukar DP kot)
*Membolehkan anda synchronize contact anda dengan contact member anda kat Facebook, jadi foto contact nombor member anda kat telefon akan diletak dengan DP mereka kat Facebook.
*Menghantar notifikasi secara real time
Berminat? jadi pasanglah apps ini pada telefon anda. Muat turun melalui link dibawah
atau scan barkod dibawah melalui telefon bimbit anda.
 

 

 

2. Twitter

Tidak dinafikan Twitter pun antara laman sosial yang popular ketika ini mungkin selepas Facebook kot. Saya selalu nampak tweet rakan twitter saya susah nak berhenti bila dah bukak twitter ni, syok sangat kata depa twitter ni..hehe.
Tidak hairanlah apps ni perlu ada bagi pengguna telefon pintar seperti anda. Kata masih bujang kan, tak kan la takde twitter kot. haha.
Antara fungsinya adalah menghantar notifikasi tweet yang menyebut nama anda, mesej serta membolehkan anda untuk menghantar tweet dan mesej.
p/s: eehh jangan lupa lak follow saya ye kat twitter.
Meh kita muat turun kat sini,
 

 

 

3. Facebook Messenger

Haa satu lagi apps yang ada nama Facebook so kena ada la jugak..hee. Facebook messenger memudahkan anda menghantar mesej dengan rakan Facebook anda. Tapi selain itu icon pada chat anda akan berubah berbentuk telefon bimbit setelah memasang apps ini. Nampak cool kan. Boleh baca post saya sebelum ni kalau nak tau lebih lanjut tentang FM ni.
Untuk muat turun seperti biasa, ikuti ‘pautan‘ dibawah
 

 

 

4. Whatsapp Messenger

Amboihh messenger lagi… haha. Apa beza dengan messenger kat atas tadi? biar saya jawab ye. Facebook messenger ni lebih kuno sikit rasanya. Mana tak nye yang boleh hantar hitam putih je tak de color emoticon. Whatsapp menyediakan yang lebih baik untuk berhubung antara pengguna telefon pintar berbanding FM.
Grafik emotion icon yang disediakan kat whatsapp memang pelbagai dan menarik so senanglah anda nak luahkan emosi anda dengan gambar. Tak macam kat messenger jenuh aku pikir camne nak wat muka geram n senyum nampak gigi (heee). haha.
Banyak lagi lah yang menarik kat whatsapp ni jadi cuba dulu.
Whatsapp tak menggunakan pin ataupun login tetapi menggunakan nombor telefon anda sebagai ID . Bila anda install dan sahkan nombor telefon anda semua senarai rakan anda yang mempunyai whatsapp automatik akan terpapar pada whatsapp contact.
Tapi kelemahan whatsapp ni ia bukan free tau. Setahun pertama saje free. tahun kedua dan seterusnya dikenakan charge usd 1.99 setahun (+- RM 6 )
so boleh cuba dulu setahun kalau OK sambung la kalau tak uninstall lepas trial period tamat. atau Mungkin boleh Hack kot.haha.
k cuba dulu ye. kat bawah cek bagi link dia.
 

 

 

5. Antivirus

aduh baru ke lima ke, aku dah penat ni menulis. Okay tumpukan perhatian. Antivirus memang adalah komponen yang sangat penting bagi mana-mana telefon pintar mahupun komputer.
Anda mungkin meletakkan telefon pintar anda pada hujung tanduk seandainya tidak memasang antivirus. ecehh. Okay gurau je. Setakat ni saya pernah cuba 3 antivirus sahaja tapi kat sini saya letak lebih sikit. mana nak larat kan nak try semua tapi saya amat berpuas hati menggunakan Kasperky Mobile Security selain interface bagus nampak bergaya pulak bila orang tengok fon aku mesti diorang cakap wahh kau guna kaspersky lah smart lah. haha.. sebab bila pasang kaspersky ni ada muncul lambang dia kat bahagian notifikasi .
Okay pandai-pandai lah anda pilih antivirus yang mana
–NetQin–
yang ini saya paling rekemen la untuk yang free sebab menawarkan fungsi yang baikk punya. Tapi saya tak pernah try lagi sekarang ni tengah cuba bit defender. Ikut turn pasni baru NetQin kot.
–Kaspersky Mobile Security–
UI memang cun la dengan fungsi remote lock . Tapi kelemahan ia trial untuk 7 hari sahaja. Kalau berminat boleh beli activation code
–Antivirus Free (AVG Mobilation)–
Agak OK jugak la tetapi UI dia agak simple so mungkin lebih sesuai untuk orang yang inginkan pengurusan yang simple. Yang ni merupakan antivirus pertama yang saya pasang pada telefon android saya. :D
–Antivirus Free–
Nampak UI antivirus ini macam tak menarik..haha.hey. jangan pandang luaran aje. Orang tua-tua kata jangan pandang sebelah mata.
Memang UI agak biasa tetapi kelebihan antivirus ini ia sangat ringan (saiz kecil hanya 403 KB) dan hanya menggunakan lebih kurang 0.1% batteri . Sistem deteksi virus nya boleh dikatakan excellent.
Sangat sesuai bagi mereka yang berjimat cermat bateri ;D
–Webroot security & antivirus–
First sekali nak habaq dia punya fungsi memang kawww. Walaupun ada dua jenis pakej yang anda boleh pilih free atau premium tapi yang free pun dah macam yang berbayar bagi antivirus yang lain.
walaubagaimanapun UI nya agak low sikit berbanding dengan McAfee dan kaspersky.
Apa pun keselamatan ataupun kecantikan. Mana anda mau, pilihlah.. hehe..
 
 

6. mySolat (muslim apps)

Satu applikasi yang sangat bagus, membantu mengingatkan waktu solat serta panduan masuk waktu dari imsak, subuh, syuruk, zohor, asar, maghrib, dan Isyak . Semua berdasarkan waktu dari jakim.gov.my
Selain itu ia menyediakan notifikasi azan, widget serta kompas arah kiblat

 

 

7. Barcode Scanner

Rasanya saya patut letak yang ni nombor satu, hehe.. kesian korang kalo yang masih takde scanner penat taip satu-satu url kat atas.
Seperti kat kat atas-atas, kalau anda tidak memasang barcode scanner memang tak hiduplah telefon android anda. Mana taknya antara kelebihan utama memiliki telefon pintar ini pastinya adalah kebolehan bermain-main dengan barcode ni.
teringat masa saya mula-mula dapat telefon pintar ni tak lepas telefon saya cuba satu-satu barcode. seronok rasanya.haha.
Dengan barcode scanner ni anda boleh scan 1D barcode dan 2D. 1D yang jalur-jalur tu, 2D macam barcode yang saya paparkan untuk link muat turun.
Ada dua barcode scanner yang saya recommend tapi rasanya yang first OK sikit untuk mode scanning.
–Barcode Scanner–
–QR Droid–

 

 

8. Mobo Player

Bagi pengguna tablet ataupun telefon yang bersaiz besar pastinya Mobo Player akan memberi kepuasan bagi anda. Jangan rasa pelik pulak namanya, Mobo player ini sebenarnya Video serta audio player.
Tak kisah apa saje format audio atau video tu semua apps ni boleh baca (mungkin perlukan pemasangan codec). Selain tu ia menyokong subtitle tu la yang paling best. hehe. Boleh tengok movie guna player ni.
jangan bertangguh lagi muat turun sekarang.

 

 

9. Easy Tube

Saya percaya apabila anda menonton sesetengah video kat youtube anda pastinya teringin nak download sekali. Boring la kan tengok aje especially video best tak kan setiap kali nak tengok kena sambung ke internet abih la limit broadband aku nanti..hehe..
Okay sebenarnya youtube tidak membenarkan orang muat turun video kalau tidak dah lama depa letak button download kat situ.. :D so apps yang dibangunkan untuk download youtube akan dibuang dari android market atas melanggar policy market. Youtube ngan market kan google punya.
Jadi secara ringkasnya link untuk download apps ini bukan dari market sebaliknya link dari luar. Anda perlu download dan save sebelum klik kat file APK yang muat turun tu tandakan dulu kat sini Settings > Applications > Unknown sources.
Pada mulanya saya menggunakan Easy Tube, boleh dikatakan OK juga la tapi sekarang saya dalam percubaan menggunakan TubeMate.

 

 

10. Shazam

fuhh akhirnya yang ke sepuluh pun. Sebenarnya ada berpuluh-puluh lagi yang saya nak share tapi apakan daya sampai ke 10 pun dah tak larat nak tulis + mengantuk (jam kol 2.30 pagi).. haha. Nanti post2 akan datang saya samabung lagi.
Nama apps ni macam nama orang kan. Kalau tengok kat market memang tak kan download punya kalau tak tau fungsi dia. Tapi kalau tau confirm download punya.
Shazam merupakan apps yang sangat cool dan masa first time saya cuba berjam-jam gak seronok explore apps ni. Apa fungsi apps ni sampai begitu teruja.
Apps ni membolehkan anda mengetahui tajuk lagu yang anda dengar dengan mengimbas lagu tersebut pada shazam. Setakat ni lagu yang saya tapi tak kenal lagu upin ngan ipin je.hehe…
Okay selamat mencuba
 
credit: mahadirlab
 
Wassalam

Friday, October 18, 2013

HB rendah bahayakan kandungan: Set mengandung Shaklee

Assalamualaikum 
Anda hamil? Alhamdulillah...Rezeki dari Allah yang perlu dibajai dan disayangi sedari dari alam rahim lagi. Jadi, janganlah berkira untuk memberi yang terbaik kepada baby yang sedang membesar dalam perut anda itu, disamping memberi nutrisi dan tenaga kepada ibu hamil itu sendiri. 
Wahai ibu, janganlah ambil mudah tentang pengambilan makanan tambahan/supplemen ketika mengandung. Kebiasaannya antara masalah yang selalu dihadapi oleh si ibu ialah HB rendah... selalu kena marah dengan nurse kan. Dan juga menyebabkan berat bayi dalam kandungan kurang...dan kemungkinan juga ada yang tidak bermaya dan lemah ketika nak bersalin.

Tahukah anda jika kekurangan HB boleh menyebabkan maut pada anak dalam kandungan? Ia disebabkan oksigen yang tak dapat disalurkan pada anak dengan sempurna. Jadi pilihan di tangan anda!
Di sini saya nak share tentang set kehamilan atau set mengandung shaklee yang boleh membantu anda naikkan HB di samping dapat BONUS lain...

♥KULIT BAYI PUTIH GEBU
♥KULIT IBU PUN MAKIN CANTIK
♥BAYI SIHAT DAN MONTEL
♥IBU BERTENAGA KETIKA BERSALIN
Gebu dan sihat bayi ni..Geram je tengok

Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) :- Vitalea (multivitamin)
- B-complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix (pil kalsium)
- Omega guard



Dan boleh tambah dengan pengambilan Energizing Soy Protein supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.


HB rendah bahayakan kandungan: Set mengandung Shaklee



Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Kerana:
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan
~ Protein(Energy Soy Protein) ~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

~ Multivitamin(Vita-lea) ~

mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


~ B Complex ~

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


~ Vitamin C(Sustained Realese Vita-C) ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 



~ Omega -3(Omega Guard) ~


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


~ Kalsium(Ostematrix) ~

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
*Vitalea
*B Complex
*Vitamin C
*Ostematrix
Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
*Vitalea
*B-Complex
*Vitamin C
*Ostematrix
*Omega Guard
Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.


Untuk harga yang lebih istimewa dan bajet, boleh lah hubungi saya ye. Kos sebulan tak sampai RM55. Jimat sangat. Hubungi saya untuk dapatkan Set Mengandung. Ibu bertenaga, bayi sihat gebu.



Azie Suhaimi - ID 894147
innerbeauty2u@gmail.com
012-3872690
Shah Alam/Kl Sentral

Wassalam




Testimoni Carotomax: Rawatan untuk mata rabun

Assalamualaikum
 
 
 
 
 

Mata adalah salah satu anugerah Allah yang amat penting. Tanpanya maka gelaplah hidup kita, pincanglah perjalanan kita, teraba-rabalah kita dalam kegelapan. Syukur alhamdulillah kerana kita masih ada nikmat deria penglihatan.
 
Maka menjadi tanggungjawab kita menjaganya dengan baik:
- mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mata.
- elakkan menonton tv dalam jarak yang terlalu dekat
- elakkan membaca buku dalam suasana yang gelap/suram
- tidak menggosok mata dengan kuat
 
Bila lalai dalam penjagaan mata, mulalah kena pegi kedai spek buat cermin mata kan..Keluar duit lagi. Spek pulak bukan murah2 dah sekarang. Mahu dalam ratus ringgit jugak tu. So sayangilah mata anda sedari awal ye.
 
Makanan tambahan yang elok untuk kurangkan rabun adalah CAROTOMAX. Ia adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, dan  zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
 
Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.
 
Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh
 
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK ( So mampu ke uolls makan lobak tanpa dimasak.Kalau mampu tabik spring kat uolls)
 
 
FUNGSI LAIN CAROTENOID:
- Mencegah kanser
- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam.
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya
 
 
Tanda-tanda kekurangan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.

Testimoni Carotomax:
 
 
 
 
Wassalam
 

 

Shaklee Vitamin C: Cara dapatkan kulit yang cantik

Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa kulit adalah organ terbesar badan dan yang paling rapuh dan sensitif. Secara literalnya, kulit kita adalah garis pemisah antara diri kita dan dunia luar. Kulit anda adalah sistem pertahanan badan yang penting untuk mengawal dari kecederaan, cahaya ultraungu, mikroorganisma, dan pencemaran alam. Kulit juga membantu mengawal suhu badan dan kehilangan kelembapan.

Kulit mengandungi kira2 20% air. Kelembapan penting untuk kulit yang sihat. Ia membantu mengekalkan sel-sel permukaan supaya lembut, anjal, dan tampak muda. Keupayaan sel-sel kulit untuk mengawal kehilangan kelembapan daripada kulit adalah penunjuk utama kesihatan kulit. Satu lagi yang penting untuk kesihatan kulit optimum adalah sebum – campuran minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar sebum pada kulit.
Apabila kelembapan semulajadi kulit dan pengeluaran sebum dalam imbangan yang sihat, lapisan hydrolipid (air dan minyak) terbentuk di permukaan kulit. Ia membantu mengekalkan kulit yang lembut, licin dan lembut. I juga mengekalkan pH yang sedikit berasid, yang membantu mengelakkan pertumbuhan bakteria dan organisma berbahaya. Misalnya panau dan sebagainya.



Tahukah anda kulit kita sentiasa diperbaharui? Proses pembaharuan yang berterusan adalah penting untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung. Kulit kita sebenarnya sentiasa mengelupas (secara lembut dan tak disedari) untuk mengeluarkan sel lama dan menggantikannya dengan sel baru. Ia membantu mengekalkan kulit yang sihat dengan mengurangkan jumlah sel-sel kulit yang rosak oleh cahaya ultraungu atau radikal bebas masih melekat pada permukaan kulit.

Kulit mengalami proses penuaan dalam 2 cara:
Penuaan disebabkan usia dan penuaan disebabkan alam sekitar (pramatang).






PENUAAN KERANA FAKTOR USIA:

  • Epidermis menipis
  • Sel lambat bertukar menjadi baru
  • Pengekalan kelembapan berkurangan
  • Kehilangan pigmentasi mewujudkan
  • tompok penuaan
  • Kolagen berkurangan
PENUAAN PRAMATANG
  • Besi di dalam air paip mewujudkan kerosakan permukaan kulit
  • Radikal bebas menjejaskan integriti sel
  • Enzim yang dicetuskan oleh radikal bebas boleh memecahkan kolagen
  • Sel-sel yang rosak oleh sinaran matahari boleh menjadi pencetus kewujudan sel-sel pra-kanser


Shaklee Vitamin C: Cara dapatkan kulit yang cantik

Korean actress Yoona dengan kulit yang sihat amat cantik

I
I
I
I
I
Dan nak selit juga testimoni diri sendiri...Untuk menambah keyakinan anda terhadap produk Shaklee.Hihi

Shaklee Vitamin C: Cara dapatkan kulit yang cantik

Cara dapatkan kulit yang cantik dan sihat:

- Tidur sebelum 11malam kerana badan kita membuang toksik pada pukul 11pm- 3am

- Makan lebih buah-buahan dan sayuran
- Exercise 20 minit sehari bagi keluar peluh

- Makan vitamin C 1 biji dan vitmain E 1 biji setiap hari selepas makan. Untuk kesan lebih daboom! , boleh ambil set lengkap Kulit Cantik Shaklee iaitu vitamin C sustained release, B complex, vitamin E dan Energizing Soy Protein.

Untuk harga yang lebih istimewa dan bajet, boleh lah hubungi saya ye. Hubungi saya untuk dapatkan Set Kulit Cantik. Cantik luar dan cantik dalam, semua orang sayang.
Azie Suhaimi - ID 894147
innerbeauty2u@gmail.com
012-3872690
Shah Alam/Kl Sentral
Selamat mencantikkan diri. Kalau yang dah kahwin tu niat nak cantikkan diri tu untuk suami ye :)
Wassalam

Wednesday, October 16, 2013

PERUT BUNCIT? LECITHIN SHAKLEE PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum

" Saya kurus, tapi kenapa perut saya buncit macam orang mengandung?" ..Haa meh baca info bawah ni.





Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.



Kandungan Lecithin :


  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
 
 
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA



  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
 
 
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
 
 
UNTUK KAUM TUA

  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
 
 
UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
 
 
UNTUK SEL

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
 
 
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
 
Ur trusted Shaklee Independent Distributor:
Azie Suhaimi- ID 894147
PM/whatsapp - 0123872690
 
Wassalam

Wednesday, October 2, 2013

KOLAGEN SHAKLEE daripada SISIK IKAN MERAH

Assalamualaikum
 
Sempena promosi kolagen Shaklee bulan ni, meh kita tengok apa kebaikan dia.
 
 
 
 
 
SHAKLEE COLLAGEN POWDER (1box :: 15sachets)
Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.


RAHSIA MEMILIH KOLAGEN YANG BAIK


1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.

4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan

5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri

6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)

7. Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8. PASTIKAN IA SELAMAT DAN TAK BERTOKSIN
 
 
 

Harga market sekotak RM298. Tapi sempena promosi bulan Oktober, harga jatuh tergolek, murah sesangat. Rugi tak grab sekarang. PM/whatsapp Azie Suhaimi: 012-3872690
 
 

Wassalam