My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 25, 2012

Sweet memories



That reminds me of my sweet memories during confinement. 24 hours with him and I just realized how much I appreciate my mother. Thank you Mama

Monday, October 22, 2012

My new 'Baby'

Assalamualaikum 

Baby lagi?? Adik Darwish ke? Ehh tak lah, ni baby lain..Darwish tu my baby boy yang tersayang... Ni pulak baby untuk my side income yang terbaru. Introducing Azeeya Couture. Di sini saya menjual tudung design terkini dengan harga yang berpatutan. Kualiti sangat dititik beratkan sebab saya sebagai seorang muslimah yang memakai tudung, saya faham apa yang diingini oleh wanita-wanita muslimah di luar sana. Dari situ, terdetik hati saya untuk membuka bisnes online ini agar saya dapat share my passion. Of course kami kaum wanita inginkan kecantikan, mengikut trend terkini, keselesaan ketika memakai, dan terutama sekali tudung yang menutup aurat.Selari dengan tagline Azeeya Couture iaitu Chic and Covered. 





Pembelian secara borong juga amat dialu-alukan. Jika ada pelanggan yang tidak gemar barang anda dipos, kami juga sediakan servis COD ( Cash On Delivery) di area yang terpilih. Jika ada pertanyaan lanjut mengenai Azeeya Hijab, jangan segan silu emel kami di innerbeauty2u@gmail.com. Insyallah kami akan reply asap. 

Siapa-siapa yang berminat menjadi model tudung Azeeya Couture, jangan ketinggalan join contest kami yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Jom follow kami di sini -->http://azeeya.blogspot.com/

Happy Shopping , Salam :)

Saturday, October 6, 2012

Berkenalan dengan makanan pejal (solid food)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Darwish Irfan kami telah berusia 6 bulan lebih. Bila dah masuk 6 bulan, doktor nasihat dah boleh makanan pejal. Yeayyy..Mama boleh main masak-masak untuk Darwish makan pulak. Sedikit info berkenaan makanan pejal :

1- Bila nak perkenalkan makanan pejal kepada bayi saya? 
“Current recommendations indicate that breast milk or formula should be baby’s main source of nutrition until at least 6 months of age”. Pakar menyarankan umur bayi 6 bulan sudah boleh diberi makanan pejal.  Ini adalah untuk mengurangkan risiko alahan, masalah penghadaman dan obesiti. So 6 bulan tu sudah ngam-ngam hoi untuk bayi makan.

2. Macam mana nak tahu bayi saya sudah bersedia terima makanan pejal?

- Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan.
- Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
- Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
- Baby dah pandai mengawal lidah mereka. 
- Cepat lapar. 

Setelah di checklistkan, Darwish dah cukup semua item-item di atas. Jadi,mulalah pengembaraan saya dengan mr. Google mencari resepi makanan pejal. Fuhh macam-macam gaya, macam-macam cara. Akhirnya saya ambil cara yang paling sesuai untuk emak yang bekerja macam saya ni. Resepinya saya akan kongsi pada next entry ye ibuk-ibuk sekalian. Nantiiiikan ( Haha.tiba-tiba terkeluar bahasa Indonesia pulak)

Wasalam

Review: Medela Freestyle setelah hampir sebulan penggunaan

Assalamualaikum

Refer entry medela fs , so hari ni tergerak hati nk buat review pasal my breastpump ever. Sebelum ni guna Pureen, tapi dah jatuh cinta pada Medela Freestyle. Sebab apa saya jatuh cinta? Meh sini nak habaq mai..

reviewnya:

1- Handsfree kit: Boleh pam sambil menaip kat komputer, sambil makan mekdi, sambil minum air kosong 1 liter, sambil borak kat telefon...best x? Kalau terlebih rajin, sambil masak,sambil ngemop lantai pun boleh pam, sebab motor dia boleh sangkut kat pinggang seluar/kain kita pakai tu..Tapi over sangat la pulak kan nanti.

2. Bunyi motor moderate. Tak kuat sangat, tak bising macam bunyi motorbot sangat. Saya sorokkan dalam laci. So bunyi tu terserap la sikit.

3. Ketahanan bateri. Charge hari isnin, then sampai hari jumaat tu bateri masih bertahan. Sebab saya just pam 2 kali je time kerja, pagi sekali, petang sekali.

4. Parts dia tak banyak sangat nak assemble. So takde renyah dan ambil masa sangat.

5. Suction yang sangat selesa, tak sakit..huhu

6. Boleh single pam, atau double pam. Sebagai contoh, sebelah baby ,sebelah pakai pam (tandem nursing). So jmat masa dan kuantiti susu dah kat situ. 'Setitik susu,ibarat setitik peluh ibu memerah'. Haha.

7. Kuantiti susu saya menjadi double, compare masa saya guna Pureen dulu. Wahh sangat happy masa 1st time dapat susu sebanyak itu ( 10 oz - 12 oz). Tengah berusaha lagi untuk banyakkan lagi kuantiti. Chaiyok aize !!



So conclusionnya, saya bagi 5/5 bintang untuk Medela Fs. Dan sebab tulah Darwish jadi bambam, sebab dapat minum susu ibu penuh khasiat.. Yahoooo


Terima kasih mama sebab bagi saya minum susu ibu :)