My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 23, 2013

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI (^_^)

Assalamualaikum dan Hai,
Tazkirah pada tengahari Jumaat pada hari ini adalah berkenaan rumahtangga..Siapa yang rumahnya takde tangga, sila beli tangga dulu, baru boleh baca post ni ye..
Perkahwinan saya dah husband dah masuk tahun ke 2 *Alhamdulillah. Dah ada anak sorang pun. Walaupun dah dua tahun dok serumah, tapi kami still dalam dalam proses untuk memahami, mengenali dan mencungkil sifat dan perangai masing-masing. Proses ni tidak akan ada hentinya untuk sesebuah rumahtangga. Ia akan terus berjalan dan berjalan. Non stop. So dalam masa proses tu berjalan, adalah masa manis bak gula pasirnya, ada masa pahit bak peria, ada masa tawar bak air mineral Spritzer. Macam-macamm adoo.
Lagi-lagi dah ada si kecik bambam tu, lagilah bertambah perisa hubungan rumahtangga kami. Walau apapun, I LOVE them both so much :) .
So apa kata saya share tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri nak? Please cakap nak, kalau tak malu I....wuwuwu.
Selamat membaca.

1) Solat Berjemaah.
Solat berjemaah amat dituntut dalam Islam… Suami sebagai ketua keluarga hendaklah menjadi imam kepada isteri dan anak2.. Dia hendaklah mempergilirkan solat berjemaah diantara di rumah dan di mesjid atau surau.. Bersolat dan berdoa bersama2, dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak2…

2) Memberi bimbingan Agama.
Suami juga hendaklah memberi didikan agama kepada keluarganya, dengan cara membaca kitab2 agama, tafsir Al Quran, Hadith2 Nabi s.a.w… Pilih masa yang sesuai, terutama selepas solat fardhu berjemaah.. Masa diambil kira2 10 – 20 minit, mengikut kesesuaian..

3) Saling memberi hadiah
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda: "Saling memberi hadiahlah kamu, niscaya kamu akan saling cinta mencintai." (HR. Bukhari).. Memberi hadiah merupakan salah satu bentuk perhatian seorang suami kepada isterinya, atau isteri kepada suaminya. Terlebih bagi isteri, hadiah dari suami mempunyai nilai yang sangat mengesankan. Hadiah tidak semestinya mahal, tetapi sebagai simbol perhatian suami kepada isteri..

4) Mengkhususkan waktu untuk Makan Bersama dan duduk bersama.
Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing, dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Kelak anak2 akan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah... Firman Allah: "Pergaulilah mereka dengan baik." (QS. An Nisa':19)…Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam juga bersabda: "Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri kamu." (HR. Tirmidzi)..

5) Menampakkan wajah yang ceria.
Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak berkerut. Secara umum Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sedikit pun janganlah engkau menganggap remeh perbuatan baik, meskipun ketika berjumpa dengan saudaramu engkau menampakkan wajah yang manis dan ceria." (HR. Muslim).. Begitu pula sebaliknya, ketika suami datang, seorang isteri jangan sampai menunjukkan wajah masam atau marah. Meskipun demikian, hendaknya seorang suami juga memahami keadaan isteri secara kejiwaan. Misalnya, isteri yang sedang haidh atau nifas, terkadang melakukan tindakan yang kurang menyenangkan. Maka seorang suami hendaklah bersabar.

6) Bersama-sama melakukan tugas2 rumahtangga…
Di antara kesalahan sesetengah suami ialah, mereka menolak untuk membantu tugas2 di rumah. Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam melakukan tugas-tugas di rumah, seperti menjahit pakaiannya sendiri, memperbaiki sandalnya dan melakukan tugas-tugas di rumah. Terlebih lagi dalam keadaan darurat, seperti isteri sedang sakit dan sebagainya…

7) Ucapan dan kalimat yang baik.
Kata2 yang baik adalah kata2 yang menyenangkan. Hendaklah menghindari kata2 yang tidak menyenangkan, bahkan menyakitkan. Seorang suami yang menegur isterinya karena tidak berhias, tidak mempercantik diri dengan celak dimata, harus dengan ucapan yang baik. Misalnya dengan perkataan "Mengapa engkau tidak memakai celak?" Isteri menjawab dengan kalimat yang menyenangkan: "Kalau aku memakai celak, akan mengganggu mataku untuk melihat wajahmu".

Perkataan yang demikian menunjukkan ungkapan perasaan cinta isteri kepada suami. Ketika ditegur, ia menjawab dengan kalimat yang menyenangkan... 

- Ustaz Ramli Joned
TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Dah dua tahun lebih kita kahwin ye.Rasa macam baru semalam kita tangkap gambar ni.Hihi
p/s: Post ini adalah untuk rujukan saya. Saya pun banyak khilafnya. Tengah berusaha nak jadi isteri yang solehah. Amin
Terima kasih kerana sudi membaca!




 Wassalam

Tuesday, August 20, 2013

Bakal pelatih PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) sila baca ni!

Assalamualaikum dan Hai,
 
Siapa bakal ikut jejak langkah saya sebagai pelatih PLKN?? Sila angkat jari!. Wohooo..Ramai kot. Siapa yang kena PLKN di Sabah macam saya? Sila angkat siku! Uikss tak ramai kot. Mana aci. *Aci kat estet lahh.
 
Nak habaq hang..Ada peraturan baru untuk pelath PLKN baqq hang. Semua pelatih diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai PLKN..Erkkk kehamilan?? Baru umur 18 tahun dah ada yang kahwin ke. Wahh advance uoll..Kahwin muda giteww..Jika didapati ada yang hamil, mereka akan diberi penangguhan. Ini untuk menjaga kandungan dan juga ibu tersebut. Bahaya la kalau pregnant buat aktiviti2 lasak nanti. Panjat pokok, panjat gunung, lompat atas bumbung, makan megi kat dalam hutan..Ehhh.
 
Info: Sejak PLKN dilaksanakan daripada tahun 2004 hingga kini, terdapat 6 buah kes pelatih PLKN melahirkan bayi ketika menjalani program tersebut.

Info tambahan: Best wooo join PLKN ni. Tak rugi baqq hang..Rasa takmo balik ke Semenanjung dah time kat Sabah tu ( saya 1st batch tahun 2004). Psst..Diana Danielle pun pernah join PLKN. Dah jadi mak orang dah sekarang. Sama lah kita Diana..Hihii





Best wooo baqqq hang



Terima kasih kerana sudi membaca !

Tips Berjaya Di Dalam Bisnes (Langkah persediaan)

Assalamualaikum dan Hi,
 
Mungkin ada yang tahu dan yang tak tahu lagi. Saya sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan Shaklee disamping bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Dunia bisnes dan dunia jurutera amat jauh berbeza. Yang sama adalah cara untuk berjaya. So dengan baik hati dan jantung,  saya nak sharelah dengan kawan2 bloggers semua, camno nak berjaya dalam bisnes. Tak kisahlah bisnes karipap gergasi ke, cendol bakar ke, karpet pakistan ke, semua boleh praktis tips ni:
 
1- Tetapkan matlamat anda:
 
*Cuba conteng-conteng atas kerja, tulis dan lukis aim dan target anda dalam bisnes.
* Contoh: Saya nak dapat income RM50,000 sebulan pada bulan September 2013 ni.
 

2- Akui kelemahan diri:

* Ikhlas dengan kelemahan yang ada pada diri sendiri dan cari jalan untuk mengatasinya. Kunci kejayaan sebenarnya
terletak pada kebolehan kita memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri sendiri.

 


3- Kerja kuat dan Bijak:


* Awal-awal bisnes, kita kena berkorban banyak dari segi masa. Perlu rajin.
* Contoh: Yang bisnes online, masa pukul 12 malam ke 2 pagi lah waktu yang sempat nak update blog kan. Siang kerja, balik kerja nak layan anak dan suami. So masa anak dah tidurlah baru sempat godek PC.
 

 
4- Selalu berfikiran positif:
 
*Ambil yang positif, buang yang negatif.

 

 
5- Sentiasa mencuba sehingga berjaya:


* Jangan putus asa kalau gagal berkali-kali.

 

 
6- Lupakan bayang-bayang kegagalan masa lalu:


* Amik pemadam, pi padam bayang-bayang masa lalu ye :)

 


7- Bina harga diri
 
 
 
8- Amalkan etika kerja berdisiplin

 
 
 
9- Gigih meneruskan perancangan yang telah dirancangkan

 
 
 
10- Anda sendiri yang menentukan kejayaan anda:

* Yup! Anda sendiri. Bukan kucing gebu anda, bukan teddy bear masham anda, bukan beg Gucci bling-bling anda. ANDA sendiri.

   
11- Anda perlu berilmu:
 
* Masa kat sekolah, kat Uni memang cikgu dan lecturer takde ajar cara nak bisnes (kalau amik kos Bisnes, lain cerita ye). So rajin-rajinkan diri ulangkaji dengan Cikgu Google dan juga daripada mentor yang dah berjaya dalam bisnes.

 


12- Pupuk sikap membantu:

* Jangan lokek kedekut nak tolong orang lain yang inginkan ilmu daripada anda. Sharing is caring.

 

 
13- Bebaskan diri dari rasuah:

 * Rasuah is BERDOSA dan HARAM !

 
dan ITEM PALING PENTING..Sila baca ni,

 
 
14- Sentiasa dekatkan diri kepada Allah:
* Banyakkan amalan rohani, berzikir, solat sunat. Insyallah rezeki akan datang dekat dengan anda.
 
 
Terima kasih kerana sudi membaca!

Saturday, August 10, 2013

darwish menari bersama shila hamzah

Assalamualaikum


Enjoy this video.


video

Tuesday, August 6, 2013

Preloved baju photoshoot dan testshoot majalah Dara

Assalamualaikum :)
 
Psssttt..Puasa tak? Tahan sikit je lagi. Esok last day puasa. Lepas tu raya..Yeayy..Baju raya dah beli tak? Psstt lagi sekali. Saya nak let go baju kesayangan saya ni. Baju ni saya pakai dua kali je. Sekali time photoshoot di Tasik Shah Alam..Gambar sila lihat di bawah. Atau boleh klik sini.
 
 
Second time masa test shoot Majalah Dara.com di Karangkraf. Gambar sila jenguk di bawah.. Atau boleh klik sini.
 
 
Reason nak let go: Baju ni di beli masa saya bujang lagi. Now dah kahwin. So badan dah tak berapa nak sesuai pakai baju macam ni, dan juga susah nak menyusu Darwish kalau time keluar jalan-jalan. Sekarang suka dan senang pakai baju yang berbutang.Hihi.
 
Condition: 100% in good condition, warna tak luntur dan still merah menyala.
 
Price: Saya beli tapi di bayar oleh encik suami ( masa tu title bf) dengan harga RM 70. Saya nak let go half price, RM 45. 
 
Freegift: Tudung/shawl pilihan anda. Sila pilih di sini --> Azeeya Couture
 
Berminat? Boleh whatsapp/SMS : 012-3872690 atau emel innerbeauty2u@gmail.com 
 
 
Mood: Clearkan wardrobe sebab dapat wardrobe baru. Kaler putih gitu :)
 
 
Wassalam
 
 
 

Tips pilih plaster siling dan lampu

Assalamualaikum
 
Dikala mood sekarang semua pasal rumahhh je kan. Rasa baik hati la pulak nak share tips kat bawah ni. Jom deco bersama Azie..Wahhh.
 
 
5 TIPS PEMILIHAN DAN PEMASANGAN SILING PLASTER
 
1.  Siling plaster adalah sangat sensitif pada air atau keadaan yang lembap dan basah. Oleh itu, sentiasa elakkan daripada memasangnya berdekatan dengan sumber air atau paip air.
 
2. Pastikan ketinggian dari paras siling ke lantai sekurang-kurangnya 9 kaki supaya siling plaster tampak sesuai dengan ruang anda selain memudahkan kerja pemasangan.
 
3.  Pastikan juga keluasan saiz ruang dalaman. Saiz ruang haruslah sesuai dengan jenis siling yang digunakan. Contohnya, jika saiz ruang kecil dan sempit, siling plaster rata sangat sesuai.
 
4. Untuk memastikan siling plaster kekal lama dan berpanjangan, gantikan kemasan cat putih setiap 5 tahun sekali.
 
5. Untuk memasang penghawa dingin built in, pastikan terdapat lubang disediakan berdekatan dengannya untuk kerja-kerja penyelenggaraan kelak.
 
 
 
 
 
5 TIP PEMILIHAN JENIS LAMPU PADA SILING PLASTER

1. Gunakan lampu tumpu (downlight) yang sesuai. Ia didatangkan dengan bentuk bulat dan empat segi. Penggunaan lampu jenis pijar atau jenis halogen mampu menjimatkan tenaga.
 
2. Gunakan lampu kalimantang jenis T5 yang mampu bertahan lebih lama dan menghasilkan kesan yang tidak berkelip berbanding lampu kalimantang biasa.
 
3.   Elakkan daripada meletak lampu pada atas kipas bagi mengelakkan sumber cahaya menjadi bayang-bayang akibat bilah kipas.
 
4. Antara lampu yang boleh digunakan ialah termasuklah lampu chandelier dan juga lampu pada kipas.
 
5. Untuk menaikkan seri siling plaster anda, tidak perlulah berlebih-lebihan dalam pemilihan lampu. Cukuplah sekadar lampu downlight pada bahagian tepi siling plaster dan jika perlu, boleh menggunakan lampu seperti chandelier di bahagian tengah.
 
 
Selamat mencantikkan rumah anda!

 
 
Wassalam

Duit raya sebagai upah puasa

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah, harini dah masuk Ramadhan yang ke 21. Meaning lagi 9 hari nak Hari Raya...Tahun ni confirm saya tak dapat duit raya dah.Jealous. Takpe,saya boleh tolong kumpul duit raya Darwish.Mama sediakan dompet besar.

 Budak kecik ni x puasa, tapi dapat gak duit raya.camno tu?? Hihi.
Ganjaran duit/wang ringgit
Masa zaman saya kecik-kecik dulu, time nak bersalama-salaman dengan pak mak sedara, mereka akan tanya dulu. " Puasa ke tak ni? tak puasa tak dapat duit raya". Saya dengan muka yakinnya pun angguk-angguklah walaupun ada tinggal puasa sehari dua. Nak duit raya punya pasal kannn.
Jadi persoalannya di sini, perlu ke bagi duit raya berdasarkan performance puasa budak-budak tu? Lagi banyak hari yang dia puasa, lagi banyak duit raya dia dapat. Adil ke tak adil?
Dan selalu juga saya dengar setiap kali awal bulan puasa parents akan bagitau awal-awal . " Kalau Abu puasa penuh tahun ni, ibu akan bagi duit raya RM 300. Kalau puasa 10 hari je, ibu potong jadi RM 100 je". Perlukah mengajar dengan cara begini kat budak-budak yang baru nak membesar dan mengenal rukun Islam yang ke-3 ni. Sebab sepatutnya kita niat berpuasa kerana Allah, bukannya niat berpuasa sebab nak dapat duit raya atau ganjaran.
Ganjaran pahala
Sedari kecil lagi kita sepatutnya menanamkan sifat dalam diri anak kecil ni bahawa setiap perbuatan yang mengikut ajaran Allah dan mengikut setiap rukun Islam itu, ganjarannya adalah pahala dan ganjaran syurga di akhirat nanti yang diberikan oleh Allah.
Motivasi
Tapi kita tak boleh salahkan parents 100% sebab? Ada sebab kenapa parents berjanji bagai dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak sebagai ganjaran. Sebabnya adalah sebagai MOTIVASI.
Macam mama saya sendiri. Dia sanggup belikan PS2 untuk adik bongsu saya semata-mata tak nak bagi dia main kat luar dengan kawan-kawan dia.Main bola sepak kat padang. Kalau dah main kat padang, confirm2 lah bila balik rumah badan dah dehidrasi dan kehausan yang teramat sangat. Buat muka kesian dapatlah minum air soya dalam peti sejuk tu. Heaven sekejap. Bila dah ada PS2, main game dalam rumah yang berkipas dan selesa, takde keluar peluh bagai.Cuma jarilah lenguh sikit. Insyallah puasa bertahan sampai ke azan Maghrib.
Setiap parents ada cara masing-masing untuk didik anak mereka. Ada yang guna cara kekerasan. Ada yang sanggup tengok anak terdampar sampai masuk bawah kerusi nak tahan puasa. Ada juga guna cara pujuk-memujuk.
Jadi dengan motivasi dan ganjaran, sedikit sebanyak akan merubah psikologi anak-anak tu dan automatik they all akan jadi lebih bertenaga di bulan puasa.  Selain memberi makanan yang berkhasiat ketika berbuka dan yang penting sekali ketika bersahur.
Selamat menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menjaga pandangan, pendengaran dan perbuatan dari perkara terlarang.
Wassalam