My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 29, 2013

Kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa

Assalamualaikum 
Alhamdulillah..dah masuk 14 hari umat Islam menyambut bulan Ramadan yang berkat. Dan lagi 2 minggu kita nak sambut Hari Raya.Hihi....Jadi macam mana dengan puasa uolls pada tahun ni. Ok? Lesu? Aktif? Rasa macam dah setahun tak makan? Macam-macam jawapan ada. Bagi saya pula, dengan menyusukan si Darwish tu lagi, dengan bekerja lagi, dengan site visitnya lagi, dengan meeting pot-pet pot-pet nya lagi, alhamdulillah saya mampu berpuasa ( kalau tak penuh tu sebab bersebab orang perempuan ye). Nak tahu apa yang saya consume untuk maintain tenaga di tahap yang teratas?
Selain daripada Set Penyusuan Shaklee (Vitalea + B Complex + Vitamin C + Alfalfa + ESP + Ostematrix), saya juga amalkan Mealshakes sewaktu sahur untuk kekalkan tenaga. Alhamdulillah memang berhasil. Lagi power kalau add Performance Drink..Anda akan susah nak rasa haus. Set ESP + Mealskahes + PD ini digelar dengan panggilan MIGHTY 3 GEMS. Bergabung meletops.
I
I
I
I
V
Kekal bertenaga dan cergas di bulan puasa

1) ESP:
  • ESP oleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperoleh dari diet seharian. Ia diproses dari tumbuh-tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam untuk kehidupan yang aktif di samping dapat membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP mengandungi indek glisemik yang rendah dan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.
  • Sangat digalakkan pengambilan ESP ini untuk lelaki dewasa yang bekerja keras dan menggunakan tenaga yang banyak terutama sekali di bulan puasa.
  • Amat disyorkan untuk ibu menyusu dan ibu yang mengandung, index glisemik rendah di dalam ESP, memberi kesan ibu kekal bertenaga. Jika terlewat bangun sahur, ambil kurma dan bancur ESP bersama susu. Ibu takkan keletihan melampau di bulan puasa.
  • Untuk penghidap gastrik, sifat alkali ESP membantu menyeimbangkan asid di dalam perut. Jadi perut takkan berasa pedih. Perut yang terhakis juga dapat dipulihkan, ESP membantu bina sel-sel baru. Jika konsisten pengambilan ESP. Gastrik hilang, dan dapat pula puasa penuh. 
 
 2) Performance Drink:
  • Ia adalah minuman yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna yang membantu mencegah dehidrasi sama seperti fungsi minuman isotonik. Sebab itu lah Performance Drink ini selalu diamalkan oleh ahli sukan.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat sebagai sumber tenaga dan stamina
  • Ia bukanlah milk booster secara langsung tetapi membantu menjaga kestabilan air dalam badan agar tidak kekeringan.
  • Bukan sahaja sesuai untuk ahli sukan malahan untuk ibu menyusu/ ibu mengandung, warga tua, anak-anak. Pendek kata seisi keluarga.
 
3) Meal Shakes:

  • Meal Shakes menyediakan vitamin dan mineral penting yang merupakan nutrien asas yang diperlukan oleh badan. Meal Shakes merupakan sumber terbaik serat, protein dan kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. 
  • Ia juga membantu masalah sembelit disebabkan kurang pengambilan sayur dan serat kerana Meal Shakes mengandungi serat yang tinggi yang baik unutk penghadaman kita. Rasa Meal Shakes French Vanilla ni sangat la sedap, rasa seperti aiskrim vanilla.


Siapa lagi yang sesuai consume set ini?

* Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak.
* Orang yang perpuasa
* Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan berseri.
* Orang yang ingin kekal sihat.
* Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
* Kanak-kanak bersekolah.
* Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
* Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain.
* Ahli sukan dan bina badan.

Nak dapat dari mana? Ni depan mata je ni. Order je melalui call ke, whatsapp ke, sms ke, FB ke, akan dilayan dengan serta merta.

Azie Suhaimi - ID 894147
FB : Azie Suhaimi / Go Natural with Azie Suhaimi
SMS / Whatsapp / : 012-3872690

Bonus -> Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan.
Bonus berganda --> Konsultasi percuma berterusan dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

Friday, July 12, 2013

Lahir bulan Julai..Penyayang ke? Glamer macam artis ke?

Assalamualaikum

Siapa lahir bulan Julai...sila angkat mouse...Wahhh ramai jugak..Anda nak tahu tak ciri-ciri orang yang lahir bulan Julai ni macam mana? Macam artis ke? macam tokoh-tokoh negara ke?.
Saya share kan apa yang Prof. Dr. fadzillah kamsah dah kaji:
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

 
Wah..wahh..wahhh...ciri-ciri tu lebih kurang dengan diri saya je..Of coz la kan, dah nama pun lahir bulan Julai..Ehhh birthday azie bulan Julai ke? Bila? Di mana? Dengan siapa? Ehhh..terlebih sudah...
 
Bila tu ialah pada hari ini lah....12 Julai..wink-wink....Cepat wish, kalau tak saya merajuk..Hahaa....tapi tak boleh makan kek sebab puasa..Tengok kek lama-lama pun tak boleh, nanti makruh.. Takpe, boleh diet. Kalau makan kek ada kolestrol. Bahaya untuk jantung.
 
Hubby orang first yang wish..tu pun pukul 12.30 malam tadi..(^^) .Thanks juga pada sedara2, kawan2 yang wish melalui telefon, FB, whatsapp dan seangkatan dengannya. Really appreciate ingatan korang semua. Raya nanti mailah datang rumah ye, nanti saya bagi duit raya. Tapi siapa yang dah kerja harap maaf lah ye...Hihi.

Kat bawah ni diantara orang terkenal tanahair dan juga orang yang saya kenal yang mana lahir pada bulan Julai juga:

 
 
Ayah saya, Suhaimi bin Rashid ( 6 Julai 2013)



 
 
Mak mertua saya, Salasiah bt Ibrahim ( 13 Julai 2013)
 

 
 
 
Prof. Dr. Fadzillah Kamsah (16 Julai)




 
 
 
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (7 Julai)



 
 
Tun Dr Mahathir (10 Julai)



Wahh semuanya tokoh kepimpinan dan petah berkata-kata..Tapi saya takdelah petah sangat berkata-kata...Petah menulis je kot.Hihi.


Ok jom sambung buat kerja...Weeeee..

** Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kainan antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Harap maklum

Wassalam

Tuesday, July 2, 2013

PROMOSI SHAKLEE BULAN JULAI 2013: GLA si pemangkin kecantikan

Assalamualaikum
 
Kenapa ia dipanggil pemangkin kecantikan? Sebab GLA merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Di mana ia amat bagus untuk tekstur kulit, membaiki kulit yang rosak dan membuatkan kulit lebih glowing gitu. Selain itu GLA ada khasiat yang lain juga, iaitu: 
  • Membantu dan mengawal kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan-For those trying conceive baby
  • Melegakan PMS (Sindrom Pra-haid)-abdominal pain,breast pain
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu dalam menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E yang menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan roses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal Kolestrol
  • Untuk fungsi saraf
Masih tak percaya? Nak bukti? Boleh...Testimoni daripada customer kami akan tunjukkan buktinya :
 
 
 
 
 Testimoni 1: Period kembali normal dan almost 2 bulan kahwin dapat berita gembira yang dia dah pregnant..
 
 
 
Testimoni 2: Sehari ambil GLA period lancar dan tak ada period pain. Masalah keputihan dah tak ada. Seminggu amalkan GLA liang pori muka mengecil. Parut chicken pox semakin pudar Sistem pencernaan juga lebih baik. Tiap pagi wajib buang. Perut pun rasa selesa.
 
 
Nak cuba tapi dengan harga diskaun? Boleh..Sebab bulan ni memang bulan promosi GLA. Jadi untung banyak disitu. Murah dalam 14 % gitu..Banyakkan. Pembelian RM 200 ke atas, akan menerima freegift istimewa dari kami :)
 
LIKE page : Go Natural with Azie Suhaimi
PM/SMS/WHATSAPP :012-3872690
 
 



Wassalam

Trip to Medan, Indonesia - Hari pertama (PART 1)

Assalamualaikum




Cewah..Belum start cerita lagi siap dah ada Part-part ye..Takpe, bahagi siap-siap ikut hari..senang untuk siapa yang nak buat rujukan.
Kami sangat beruntung sebab tiket flight saya, husband dan Darwish telah disponsored oleh abang ipar saya, Fazli..Mekasih daun keladi, nanti sponsor la kami lagi ye..Hihi..MAS masa tu ada promosi tiket,so alhamdulillah dapat murah sangat2.

Nilai tukaran wang lebih kurang RM 300 = 1 juta Rupiah..Tak pasal-pasal kami dah jadi jutawan segera pulak kan..Kayooo den..
Flight pukul 8.50 pagi. Seawal 7 pagi kami dah sampai di KLIA dengan menyewa teksi. Takut keciciran pak..Rombongan seramai 7 dewasa (family belah h +  2 baby montel. So kena sewa 2 buah teksi..


Di KLIA


Sila pastikan passport, IC anda dibawa sekali ye. PENTING tu

Dalam proses nak check in, 2 baby montel ni kami letakkan dalam troli. Supaya senang dikawal..Hihi.
Di atas troli beg. Darwish + Kisha (sepupu sepapat)

Penerbangan ke Medan hanya ambil masa selama lebih kurang 50 minit je..Tak sempat nak tidur, nak gi toilet pun takde perasaan. Darwish pulak tidur je sepanjang dalam flight tu. So keje saya dalam flight tu sibuk jadi paparazzi. Ambik gambar syok sendiri.Haha..
Di dalam kapal terbang MAS

Alhamdulillah, sampai di Medan udara dia tak berjerebu macam di Malaysia..So bolehlah kami jalan-jalan dengan selesa. Kami pergi sana gamble je. Takde booking travel agencies mana-mana pun. Keluar je daripada airport Medan, terus kena hurung dengan mat-mat indon yang nak tolong angkat beg. Diorang ni ulat beg kot. Sebab pakai redah je angkat beg kitorang, bawa pi teksi. Mula-mula saya ingatkan orang indon ni baik-baik,suka tolong tourist angkat barang. Rupanya idak..Pastu hulur tangan minta tips. Confirmlah kami takde duit kecik, sebab baru je sampai. Semua ada 100,00 Rupiah = RM 30...Banyak kott...Last2 saya korek dompet,jumpalah duit RM 1. Saya bagi dia RM 2...Dia tolak..Fuhh jual mahal. Dia cakap " Tak nak buk. Kalau RM 10 boleh"....Dah macam urusan tawar menawar pulak kat situ. Takde keje aku layan ko. Terus letak RM 2 tu kat tangan dia...Teksi pun terus gerak.
Selepas turun daripada kapal terbang

Kami di bawa oleh pak supir ke agensi pelancongan. Di sana kami boleh tanya macam-macam mengenai urusan perjalanan, hotel dll. Pakej akan diberi oleh agensi tu mengikut pilihan kami sendiri. Samada kami nak driver + kenderaan+ hotel+ makan minum atau kami hanya nak driver + kenderaan shj. Mereka ada mengatakan jika kami ambil pakej hotel sekali, boleh dapat harga murah berbanding kami pergi tempah di hotel itu sendiri. Mungkin termakan dengan kata-kata agensi tu, kami pun pilih pakej sekali dengan hotel. Jadi total untuk pak supir (driver)+ kenderaan+ petrol+ 3 buah bilik hotel selama 4 hari 3 malam = 2 juta Rupiah = RM 600
Di dalam agensi pelancongan

Selepas dah settle semua bayaran, kami pun bergerak menaiki MPV yang dipandu oleh Pak Agus. Terus kami cakap nak makan sebab masing-masing dah kelaparan. Tapi dengan syarat taknak makan kedai tepi jalan. Bukan apa, lebih baik mencegah dari mengubati. Kita tak tahu kebersihannya macam mana kan. Atleast kalau makan di restoran tu rasa yakin la sikit kan. Kami dibawa ke Restoran Sederhana. Harap harga makanannya pun sederhana jela ye.

Sistem di restoran ni lain sikit. Kalau kita cakap nak makan pakej, pelayan dia akan bawa semua lauk-pauk dari cucu piut hinggalah ke tok nenek nya. Penuh meja. Tapi pelanggan hanya perlu bayar harga lauk yang kita ambil je. Walaupun kita sentuh secubit je, tu pun kena bayar juga tau. So ambil mana yang kita betul2 confirm akan makan dan akan habiskan. Kebanyakan makanan indon ni pedas-pedas belaka. Siapa yang tak tahan pedas tu, berhati-hati sebelum telan ye.

Total makan untuk 7 dewasa RM 90 = 300,000 Rupiah ( mahal ke tak? tepuk dada tanya dompet)


Info penting:

* Jika bawa baby,pastikan anda bawa bersama kipas bateri atau kipas tangan. Sebab ketika di Medan cuaca amat panas. Risau baby tak tahan panas je.
* Ketika di airport Medan, awasi bagasi/beg anda. Pegang je beg tu. Takut kalau ulat beg nampak, terus nak tolong diangkatnya ke teksi. Tak pasal-pasal kena bayar tipas RM 10..Huhu..Takpun kalau ulat beg tanya nak tolong angkat beg ke tak, jawabnya "x pe pak, kami bisa angkat sendiri". Hihi
* Pastikan agensi pelancongan menawarkan supir + kenderaan yang selesa dan berhawa dingin. Jika ramai dalam 7 orang ke 10 orang, mohon mereka untuk dapatkan van. Sebab perjalanan yang panjang dan lama , so kenalah duduk dalam keadaan yang selesa.


~ Sambung PART 2 next entry

Wassalam

Duit Bonus Shaklee paling tinggi bulan Mei 2013

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, cheque bonus Shaklee untuk bulan Mei 2013 dah sampai minggu lepas. Baru nak update sekarang.hihi. Alhamdulillah juga sebab ini adalah bonus yang paling tinggi yang pernah saya dapat selama berbisnes Shaklee ni.
 
 

 
So disini saya dengan besar hatinya, ingin mencari beberapa calon yang betul-betul berminat untuk  mendapatkan extra income pada setiap bulan untuk dibimbing oleh kami. Dan tak mustahil anda akan menjadi Work At Home Mom (WAHM) dengan gaji 5 hingga 6 angka. Bukan sekali seumur hidup. Tapii dapat setiap bulan tau.. Macam idola Shaklee saya, merangkap mak Shaklee saya, iaitu kak cery ..Setiap bulan pegi oversea je kerja dia..Syok kan.
 
 
 
Siapa yang betul2 berminat, meh whatsapp2 dan borak2 dengan saya. Grup kami akan bantu anda sehingga berjaya.
 
 
AZIE- 0123872690
FB - Go Natural with Azie Suhaimi
 
Wassalam