My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PEROKOK

Assalamualaikum
 
Salam dan warga blogger semua.. Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...
Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.
Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.
Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :
Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)
So tak perlulah susah2 nak beli vitamin c spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.
Antara supplemen lain yang dicadangkan :
1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

Untuk konsultasi lanjut, boleh hubungi Azie Suhaimi:
Pm/whatsapp - 0123872690
 
Wassalam
 
 
 

Monday, December 30, 2013

Vitamin C Shaklee menghilangkan jerawat

Assalamualaikum
 
Kenapa VITAMIN C menjadi rebutan? Kenapa VITAMIN C ada dalam set cantik Shaklee?


1) VITAMIN C penting dalam pembentukan kolagen. Ramai WANITA mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan MENGAMALKAN makanan yang tinggi KANDUNGAN VITAMIN C membantu PENGHASILAN KOLAGEN dengan lebih BAIK.

2) Merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan

3) Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam dikulit, ruam

 
4) Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik

 
5) Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman

 
6) Membantu meningkatkan sistem imun
 
7) Membantu mengurangkan simptom flu dan selsema

8) Merangsang pengeluaran T-cells yang membantu melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita

 
9) Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen
 
10) Membantu memperbaiki masalah insomnia, stress
 
Ini adalah testimoni sebenar customer Shaklee
 

Untuk konsultasi secara PERCUMA dan harga promosi hujung tahun, boleh hubungi azie:
 
Pm/whatsapp- 0123872690
Fb- Go natural with azie suhaimi
 
 
Wassalam
 
 

Thursday, December 26, 2013

Dapatkan set-set shaklee dengan harga bawah Rm100


Assalam semua..
berminat nak cuba shaklee.tapi nk yang set percubaan nya dulu..boleh ke?  Boleh sangat2.



Dapatkan set-set shaklee dengan harga bawah Rm100
 set slim 
 set penyusuan
 set berpantang
 set hamil
 set resdung
 set wanita
 set lelaki
 set optimum health
 set kecantikan

Ur trusted Shaklee Distributor :
Azie Suhaimi - ID 894147
sms/whatsapp 0123872690

 Wassalam


Friday, December 20, 2013

Promosi hujung tahun Shaklee. postage PERCUMA

Assalamualaikum 

Sempena hujung tahun yang bakal tiba. Saya dengan rasa gembira dan baik hatinya nak lancarkan promosi HUJUNG TAHUN SHAKLEE bermula minggu ini sehingga 31 disember 2013.



Harga confirm lebih murah dari harga biasa. Nak tahu berapa banyak harga yang saya bagi diskaun? Ehemm..silalah pm / whatsapp/emel saya ye. Sy akan balas dengan segera insyallah. 

* Postage adalah percuma untuk pembelian 2 item dan ke atas

Azie suhaimi
SID 894147
0123872690
innerbeauty2u@gmail.com
Fb: Go natural with azie suhaimi



Wednesday, December 4, 2013

PENGGUNA TEGAR SHAKLEE WAJIB DAFTAR AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum


Mari saya cerita kenapa WAJIB jadi ahli Shaklee

1) CASH REBATE/BONUS dimasukkan ke dalam akaun ahli sendiri:
Saya cukup suka lah mengingatkan mana-mana pengguna tegar Shaklee supaya mendaftar menjadi ahli. Sebabnya pasal CASH REBATE/BONUS ni lah."Nak dapatkan harga ahli, sila guna ID saya". Anda rugi tau. Kerana beliau menyuruh orang membeli dengan ID beliau, dan akhirnya beliau yang dapat CASH REBATE tu, sedangkan sepatutnya jika pengguna tegar Shaklee tadi mendaftar sebagai ahli, pengguna tadi bukan sahaja dapat harga ahli, malah melayakkan pengguna tadi juga untuk mendapat CASH REBATE!

Buat pengguna tegar Shaklee, seharusnya bila jadi ahli Shaklee, bukan sahaja membership tak perlu renew setiap tahun, malah anda sepatutnya dapat masuk group2 eksklusif di FB, malah konsultansi juga adalah seumur hidup juga. Sebab itulah amat penting untuk anda mendaftar dengan orang yang betul-betul berkredibiliti dan berada dalam kumpulan sokongan yang betul. Maklumlah kebiasaanya ahli Shaklee yang asalnya nak makan sendiri biasanya end up akan jadi pengedar Shaklee jugak disebabkan terlalu banyak benefit yang mereka boleh dapat dengan Shaklee. Sebab ini jugalah pemilihan kumpulan yang berkualiti amat penting sebelum jadi ahli Shaklee. Bukan main pick up the distributor sahaja ya! Syukur saya tidak tersalah pilih kumpulan :)

2) SISTEM SHOPPING ONLINE :

Bermula Oktober 2013, pembelian produk Shaklee akan sangat mudah kerana semuanya adalah melalui online. Bukan sahaja memudahkan pengguna Shaklee yang mahu makan sendiri, malah amat memudahkan juga bagi ahli Shaklee yang menjadikan Shaklee perniagaan mereka. 

Sebab tulah seorang suri rumah mampu menjana 4 angka sebulan dengan hanya menjaga anak dari rumah sahaja. Sebab dia berbisnes menggunakan laptop dan internet sahaja. That's it. Modal yang sangat mudah, komputer dan internet.

 

3) PENGHANTARAN DIURUSKAN PIHAK SHAKLEE :
Itu yang seronoknya berniaga dengan Shaklee ni. Lagi-lagi untuk suri rumah yang tidak bekerja dan bergelumang dengan anak kat rumah tu. Memang syok! Tak payah pergi ke pejabat pos pun! Online je dari rumah. Beli barang secara online, dan Shaklee akan hantar terus kepada customer kita. So tidak lah perlu terkejar2 nak ke pejabat opis, dengan nak angkut anak lagi, dengan nak ambil anak kat sekolah lagi. Jangan tak tahu ade je pengedar Shaklee ni duduk luar negara, tapi sales dia semua kat Malaysia tau!

Untuk yang nak buat part time? Lagi lah senang! Apa yang anda perlu buat hanyalah marketing sahaja. Buat blog comel2. Buat Fanpage kat facebook. Sharing sebanyak mungkin. Tunggu customer datang. Ambil duit customer dan kita transfer kan ke Shaklee. 


4) TAK PERLU MODAL :
Kerana customer dah bayar pada anda dulu. Barulah anda terus order melalui dan alamatkan ke alamat customer anda. 


**AWAS !!**
TAWARAN coaching dan marketing ini mungkin anda tidak perolehi jika mendaftar dengan orang lain selain AZIE & THE RICH TEAM ya. Dan saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat BONUS seperti yang dinyatakan di atas!


Berminat? Hubungi saya Azie di:
✍ Fb: Go Natural with Azie Suhaimi
 ✉ Email: innerbeauty2u@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-3872690
➲ COD & Meeting A­­rea: Shah Alam/ KL Sentral
Postage Seluruh Malaysia Disediakan dengan Kadar Rata jika ingin beli product sekali!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya melalui online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif Azie & The Rich Team di Facebook



Wassalam

Thursday, November 28, 2013

Percakapan antara Rasul & Iblis

Assalamualaikum
 
Kita bertazkirah sikit pada hari ini ye.

Percakapan antara Rasul & iblis.

Rasulullah (R) bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis (I) menjawab: “aku merasa panas dingin dan gementar”


R: “kenapa?”
I: “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
R: “jika seorang umatku berpuasa?”
I: “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
R: “jika ia berhaji?”
I: “aku seperti orang gila”
R: “jika ia membaca Al-Quran?”
I: “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
R: “jika ia bersedekah?”
I: “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
R: “mengapa boleh begitu?“
I: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya,
R: “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
I: “suara kuda perang di jalan Allah.”
R: “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
I: “taubat org yg bertaubat”
R: “apa yg dpt membakar hatimu?”
I: “istighfar di waktu siang & malam”
R: “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
I: “sedekah yg diam2”
R: “apa yg dpt menusuk matamu?”
I: “solat fajar”
R: “apa yg dpt memukul kepalamu?”
I: “solat berjemaah”
R: “apa yg paling mengganggumu”
I: “majlis para ulama”
R: “bagaimana cara makanmu?”
I: “dengan tangan kiri dan jariku”
R: “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
I: “dibawah kuku manusia”
R: “siapa temanmu wahai iblis?”
I: “penzina”
R: “siapa teman tidurmu?”
I: “pemabuk”
R: “siapa tamumu?”
I: “pencuri”
R: “siapa utusanmu?”
I: “tukang sihir (dukun)”
R: “apa yg membuatmu gembira?”
I: “bersumpah dgn cerai”
R: “siapa kekasihmu?”
I: “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
R: “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
I: “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”




=============================================================
 
Jadi adakah kita nak menjadi manusia yang disukai dan disayangi oleh iblis yang dilaknat Allah? Atau nak menjadi manusia yang telah membelah tubuh iblis dengan gergaji?

Fikir-fikirkanlah ye. Kome semua dah besar panjang. Pandai beza antara buruk dan baik. Peringatan untuk diriku sendiri juga :)

Wassalam ,
 
Azie Suhaimi

PROMOSI SHAKLEE HUJUNG BULAN NOVEMBER

Assalamualaikum


 
Sempena hari gaji dan hujung bulan, saya dengan rendah diri dan berbesar hatinya nak share kebaikan supplemen Shaklee dengan uolls melalui PROMOSI HUJUNG BULAN.
 
Haaa, nak tahu apa yang promosinya tu? Rugi tak grab sekarang. Jom borak-borak.
Pm/whatsapp - 0123872690 (Azie Suhaimi)
FB- Go Natural with Azie Suhaimi
 
Saya sedia membantu anda. Cewahhh :)
 
Wassalam
 
 
 


Friday, November 22, 2013

Bukan Promote, tapi kisah benar : Ostematrix Shaklee untuk tulang kuat

Assalamualaikum
Hi blogger sekalian..harini saya nak share kesan selepas mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Ceritanya bermula begini, selepas habis waktu berpantang dan cuti bersalin selama 3 bulan (selepas melahirkan Darwish), setiap hari selepas pulang dari kerja saya akan bergegas mengambil Darwish di rumah babysitter..jauh tak jauh jugala dari rumah saya. Dalam 10 minit kalau tak jammed. Tapi kalau jammed mahu makan 30 minit juga kot. Sampai apartment babysitter tu, saya kena menapak naik tangga sampai ke rumah dia di tingkat TIGA. Tiada sebarang bantuan lift atau eskalator ye tuan puan. Lepas ambil Darwish, terhuyung hayang saya mendukung Darwish menuruni tangga.

Sampailah umur 5 bulan, Darwish semakin debab dan berat berat lebih kurang dalam 6  kg. Bagi korang yang tough2 yang sedang membaca ni mesti kata "apedehal, 6 kg je kott"..Tapii, bagi diriku yang cikeding dan hanya seberat 48 kg ni, mampu telan air liur sajelah. Tapi kalau keluar jenjalan dengan husband, confirm saya tak dukung Darwish. Husbandku yang tough itu akan ambil alih tugas mendukung :).
Darwish Irfan- 4 months old- debab kan

Ok sambung cerita. Disebabkan isu berat Darwish semakin meningkat, semasa nak dukung Darwish dengan tergesa-gesa, tangan kanan saya terseliuh..Prakkk ( saja buat bunyi efek.bagi best sikit drama ni.hihi).Ohh mai..Sakit wooo..Tapi paksa gak dukung bawa masuk kereta. Pastu nak drive ke rumah lagi..Drive kereta manual pulak tu. Hambekk..Terpaksalah bawa kereta macam orang baru dapat lesen L. Bawa penuh slow motionnya. Part nak pusing stereng memang hazab. Tapi bila terpandang je muka si debab montel kat baby seat sebelah tu, terus hilang rasa sakit :)

Sampai di rumah, mengadu kat husband. Dia pun tolonglah urutkan ala-ala amatur...Takde perubahan langsung..Hihi..Lepas tu gi bawa berurut dengan bidan yang ururt semasa saya dalam pantang haritu. Ala-ala profesional. Pun takde perubahan. Bidan tu nasihat --> jangan banyak guna tangan kanan dan selalu urut2 tangan tu. Boleh bayangkan tak?Buat kerja guna sebelah tangan? Camne den nak drive pegi kerja? Confirm tak boleh bayangkan.
Hampir setahun menderita sakit tangan ni...dah tak tahan sangat, saya pergi jumpa doktor kat klinik, minta dia x-ray..Nak bagi puas hati apa yg dah terjadi pada tulang tangan ku ini. Tapii,  hasil x-ray menunjukkan tulang ku sihat2 belaka. Takde yang terkehel atau retak. SO what is the problem with my hand?? Susah kot nak buat kerja sebelah tangan. Nak tak nak terpaksa juga guna kederat tangan kanan.

Lepas jatuh cinta dengan Alfalfa, saya nekad nak cuba Ostematrix (kalsium). Saya usaha amalkan walaupun tak disiplin. Hampir 2 bulan lebih jugaklah, Alhamdulillah tangan dah takde sakit langsung..dukung Darwish pun guna sebelah tangan je sekarang. See. Percaya tak? Macam percaya je..macam betul je.. hihi.. 


 # shaklee adalah bahan semulajadi, jadi ia mengambil masa untuk mendapat kesan positif. Just teruskan dan berdoa agar dapat kesan positifnya.

Nak cuba?  Boleh calling2 or watsap2 sy :)
Wassalam

Senarai Penyakit & Suplemen Shaklee Yang Perlu Dihindari

Assalamualaikum
Sila anggap saya sebahagai kawan anda. Janganlah malu2 atau segan bila saya bertanya soalan yang berkaitan dengan kesihatan anda. Jawapan yang diberikan tu untuk saya analisa dan memberikan khidmat rundingan yang terbaik buat semua kawan saya.. Di sini saya senaraikan jenis2 penyakit dan suplemen shaklee yang perlu dihindari (menurut pembacaan saya):
  • Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODINE. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??
  • Hypothyroid – Tidak digalakkan mengambil ESP, Cinch Shake Mix dan Lecithin(soy based)
  • SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Somehow alfalfa mengaktifkan sel SLE. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.
  • G6PD – Tidak digalakkan mengambil Alfalfa kerana Alfalfa kaya dengan Vitamin K. Namun begitu terdapat kes2 pesakit G6PD yang boleh mengambil alfalfa.
  • Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.
Selain dari senarai di atas, sebarang ketidakselesaan selepas mengambil suplemen kemungkinan besar hanyalah disebabkan oleh healing krisis. 
Supplemen ini hanyalah sebagai makanan tambahan dan nutrisi kepada tubuh badan. Ia bukanlah ubat untuk mengubati. Jadi pengambilannya perlulah berterusan dan konsisten kerana kesannya bergantung pada badan individu itu sendiri. Ada kesan yang cepat, ada kesan yang lambat. Jadi jangan berputus asa untuk memberi yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Menghindar lebih baik dari mengubati :)
Boleh hubungi saya bagi sebarang pertanyaan.. Saya cuba bantu sebaik mungkin.
Wassalam

Monday, November 11, 2013

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

Assalamualaikum
 
*Ubat*

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

 
**Supplement ( Vitamin )**

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

Wassalam
 
 

Mengalir Air Mataku Mendengar Ceritanya !!!!!

Assalamualaikum
 
[copypaste-> credit: http://www.mariafirdaus.com.my ]

Hari Ahad yang lepas, saya ada di Kuala Lumpur. Menghadiri Program Magic Aura Shaklee di Kelab Sultan Sulaiman.


Di sebelah petang, di penghujung program ada perkongsian yang sangat hebat. Saya yang pada mulanya duduk di belakang. Tiba tiba terdiam mendengar perkongsian daripada seseorang.

Sebelum perkongsian di mulakan. Saya hairan mengapa pengerusi majlis hampir mengalirkan air mata semasa mahu menjemput adik ni untuk berucap. What is soo special about this young lady.

Suasana menjadi sebak seketika. Zahirah yang menjadi MC ketika itu tidak dapat meluahkan kata kata lagi. Terus diserahkan microphone kepada adik kecil molek ini..



Mula sahaja Ayu berkongsi. Seluruh dewan senyap sunyi seketika. Semua mendengar dengan khusyuk termasuk saya.

Ayu, berasal dari kawasan pedalaman di Sarawak. Berusia 24 tahun. Susah, peritan, air mata, tak cukup wang, menderita, dicemuh, diperli sentiasa menemani perjalanan hidup beliau. Beliau bukan orang senang. Beliau bukan orang susah.

Tetapi, kehidupan beliau SANGAT SUSAH.

Cuba anda bayangkan, beliau tinggal di kawasan pedalaman Sarawak, hanyalah seorang suri rumah. Tak tahu nak buat apa, tiba tiba buat bisnes Shaklee.

Allah Allah. Apa yang akan saya kongsikan merupakan sesuatu yang tak mampu kita semua lakukan.

Inilah yang dikatakan perjuangan. Perjuangan untuk mengubah kehidupan. Dari hidup susah, akhirnya berjaya hidup dengan lebih selesa.

Ini Kisah Beliau : Senior Coordinator Ayu

Ayu berasal dari sebuah kawasan pedalaman di Sarawak. Ayu berusia 24 tahun. Beliau bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Pelajaran pun setakat Tingkatan 5 sahaja. Beliau berhenti belajar bukan sebab tak pandai, tapi disebabkan jodohnya datang awal.

Selepas kahwin beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa mula mula kahwin, mereka hidup susah. Husband beliau pun pada waktu itu kerja biasa biasa sahaja. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas akhirnya suami Ayu diterima masuk untuk sambung belajar di UPSI bagi menjadi seorang guru.

Di kampung halaman, Ayu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Beliau mengandung. Ditakdirkan Allah, beliau mendapatkan produk Set Bersalin Shaklee daripada Kak Ira. Beliau kenal Kak Ira pun hanya melalui internet sahaja. Langsung tidak pernah berjumpa.

Di sinilah beliau mula membaca kisah Kak Ira yang menjalankan perniagaan Shaklee. Beliau menyatakan minat kepada Kak Ira untuk cuba buat bisnes Shaklee.

"Kak Ira, saya nak buat bisnes Shaklee la. Saya dah guna set bersalin dan menyusu, saya rasa sangat berkesan. Kalau saya nak jadi agen Shaklee macam akak, boleh tak?" Ayu bertanya kepada Kak Ira.

"Kalau nak join Shaklee boleh, pendaftaran berharga RM65. Atau Ayu boleh beli barang berharga RM650, nanti Ayu dapat free membership" Kak Ira membalas.
"Kak, saya tak ada duit sekarang ni. Macam mana saya nak buat bisnes Shaklee ni?" Ayu memaklumkan kepada Kak Ira dalam kesedihan.

Melihat keadaan ini, Kak Ira membantu untuk memudahkan Ayu menjalankan perniagaan Shaklee ini. Kak Ira minta Ayu mencari pelanggan produk Shaklee bernilai RM650 terlebih dahulu. Kemudian, Ayu akan mendapat free membership. Kiranya, Ayu akan memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Guna modal orang lain sahaja.

Di sinilah segalanya bermula. Ayu sangat susah pada waktu itu. Beliau tidak ada laptop sendiri. Di rumah, Ayu terpaksa berebut laptop dengan suaminya. Suaminya pula sibuk dengan tugasan dan asignment sebagai seorang guru.

Nak ditambah cerita, internet pun mereka tak ada di rumah. So, ada kalanya mereka 'tumpang-tumpang' wifi dari sekolah yang terletak bersebelah dengan rumah mereka.

Ayu mula menjalankan perniagaan Shaklee menggunakan Facebook.

Ayu terpaksa create account FB yang baru sebab beliau malu. Malu kepada ahli keluarga dan kawan kawan yang memandang rendah kepada beliau kerana tidak menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Beliau malu kalau saudara maranya tahu beliau dah buat bisnes.

Dari bawah beliau bermula. Tanpa mengenal erti jemu. Beliau memberikan segalanya untuk memperkembagnkan bisnesnya.

Ada kalanya, akibat wifi di sekolah di tutup, beliau terpaksa pergi ke cyber cafe di kampungnya. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. Anaknya yang masih kecil ditinggalkan kepada ibunya di rumah. Ayu ke CC sebab nak update status Facebook. Ayu ke CC sebab mengharapkan ada sorang dua customer yang PM nak order barang daripada beliau.

Jika ada rezeki hari itu, adalah. Jika tidak, Ayu perlu menunggu pada hari esok pula.

Semua ini terpaksa dilakukan bagi memulakan bisnes Shaklee. Allahuakbar. Sampai begitu sekali Ayu sanggup buat untuk mengubah kehidupan.

Pada Peringkat Awal Menjalankan Perniagan

Semasa memulakan bisnes Shaklee ini, Ayu tanya Kak Ira, "Kak, bulan ni Ayu nak bonus RM100 sahaja. Apa yang Ayu nak kena buat?"
Kak Ira berkongsi apa yang perlu dilakukan untuk nak dapat bonus RM100.

Pulun punya pulun, bulan pertama Ayu dapat bonus dari Shaklee sebanyak RM100. Kak Ira share dengan Ayu yang Kak Ira pada waktu tu dapat bonus RM1600. Mengalir air mata Ayu.

Seumur hidup Ayu, itulah kali pertama beliau merasai duit hasil titik peluhnya sendiri. Perjuangan selama sebulan tetapi hanya memperoleh RM100 cukup memberi erti yang besar kepada Ayu.

RM100 mungkin kelihatan kecil buat kita. Tapi amat besar nilainya buat orang susah seperti Ayu.

Duit bonus bulan pertama Ayu belanja suami dan emaknya.

Semasa beliau berkongsi, air mata beliau mengalir. Air mata saya pun berlinangan. Ayu sangat bersyukur pada waktu itu. Beliau bersyukur dengan RM100 yang Allah berikan itu.

Sebelum itu ibu Ayu selalu sindir Ayu di rumah, "Tu la, dulu mak suruh sambung belajar tak nak. Kan dah susah sekarang."

Keadaan bertambah parah bila Ayu duduk di rumah dan selalu pula berfacebook. Sebenarnya, emaknya tak faham melalui Facebook itulah Ayu buat bisnes Shaklee.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan kini sudah lebih setahun Ayu berjuang dalam bisnes Shaklee. Kehidupan beliau sekarang dah berubah.

Sekarang ibu Ayu sangat bangga dengan Ayu. Jika dulu bila orang tanya Ayu buat apa, ibu Ayu malu. Malu kerana Ayu hanya duduk di rumah sahaja.

Sekarang ibu Ayu dengan bangganya cakap, "Ayu sekarang duduk rumah saja. Tapi Ayu buat bisnes online."

Alhamdulillah, sekarang Ayu sudah memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Dah berbelas ribu Ayu dapat sebulan. Ya, inilah perjuangan dalam mengubah kehidupan.

Semuanya hanya melalui bisnes Shaklee secara online menggunakan Facebook sahaja.

Kisah Ayu sangat memberi motivasi dan inspirasi kepada saya. Dan memberi inspirasi kepada semua yang mendengarnya.

Ayu menasihatkan kami semua untuk banyak bersabar. Teruskan berusaha dan jangan berhenti. Susah macam mana pun, teruskan juga. Kesusahan yang orang lain hadapi tak sesusah kesusahan yang Ayu hadapi.

Insya Allah, Ayu sekarang dalam proses mencipta rekod dalam Shaklee sebagai Master Coordinator termuda. Insya Allah, pada usia muda sekarang, saya rasa Ayu tak jauh dari mencapai apa yang beliau impikan.

Pada waktu itu, insya Allah pendapatan beliau sekitar RM30k-RM50k sebulan.

Kami yang mendengar perkongsian Ayu semuanya tersentap. Apa lagi alasan yang hendak kami berikan. Kami semua mempunyai laptop sendiri. Di rumah ada internet. Di telefon ada internet. Semuanya dah tersedia.

Yang membezakan Ayu dan orang lain adalah semangat kental dalam diri Ayu yang tidak pernah berputus asa.

Saya rasa, kalimah penutup Ayu yang menyentapkan kami semua. "Kejayaan itu tak semestinya semata mata sebab ada sijil"

Yes, tersangat betul. semua orang boleh berjaya kalau kita memilih untuk berjaya. Kalau Ayu, seorang yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak mampu melakukannya, apa lagi alasan kami untuk tidak berjaya sepertinya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita bahawa, "Untuk berjaya, kita mesti rajin berusaha. Berikan 100% komitmen. Insya Allah, pasti berjaya."
Saya tidak mengenali Ayu in person. Sebelum pulang, saya berjumpa dengan beliau dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Mana mungkin saya tidak ucapkan tahniah kepada insan sehebat Ayu.

"Ayu, saya ucapkan tahniah kepada Ayu. Saya doakan agar Ayu berjaya dalam Shaklee. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat."
Itu doa yang ikhlas dari saya kepada beliau.

Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya mengubah kehidupan keluarganya. Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya sebab saya mahu beliau buktikan kepada orang ramai bahawa nak berjaya tak semestinya mesti ada sijil.

Sama samalah kita doakan Allah mudahkan urusan beliau dalam perniagaan yang beliau jalankan. Tolong yer kawan kawan. Doakan kejayaan Ayu. Walaupun saya tak kenal beliau. Tapi saya suka kisah beliau. Dan saya berhajat sangat nak melihat beliau berjaya dalam perniagaan ini.

Mudah mudahan, segala impiannya akan tercapai. Dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.

=====================================================
 

Panjang story dia,tapi sangat memberi inspirasi kepada kita yang sedang berjuang dalam bisnes masing-masing. Semoga saya menjadi setabah dan dan lebih berjaya dari beliau dalam bisnes Shaklee ni. Ameen



Wassalam