My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 29, 2013

Hasbi Rabbi - Zikir Terapi Diri

Assalamualaikum

Jom berselawat sama ye kawan-kawan. Jangan dok asyik bergwiyomi je..hihi...Hayatilah zikir daripada Akil Hayy dan jom amalkan.Insyallah.



* Hasbi Rabbi Jalallah adalah kalimah zikir yang diamalkan oleh para anbia dan diwarisi oleh ulama2 Islam.
* Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA.
* Zikir ini sangat sesuai diamalkan sebagai penenang hati. Jika dihayati dan fahami maksudnya memang  boleh mengalir air mata.Terasa sayu.. 
* Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa adalah lebih baik.
 
Wassalam,

Azie Suhaimi

Wednesday, April 3, 2013

IKLAN BANANANA TV3

Assalamualaikum

Bananana!!..Dengar je lagu tu, terus si kecik Darwish ni pusing kepala tengok TV.. Tak kiralah dia tengah buat apa time tu..Tengah makan ke, tengah main toys ke, tengah bertatih ke..Confirm akan dipalingnya kepala ke arah tv..Mata bulat tengok tv, tak lepas-lepas..Tangan, badan, bontot dia, dok berjoget ikut lagu tu...Habis je iklan bananana tu, terus sambung aktiviti dia yang tergendala sebentar tadi...


 
 
 




Haa untuk siapa yang tak pernah dengar mengenai Bananana tu, meh saya explain sikit..Ala-ala promoter TV3 pulak kan..

"Jenama dikenali sebagai Bananana! ini dicetuskan bagi menyatukan semua rancangan kanak-kanak di stesen TV milik Media Prima (TV3, ntv7, 8TV, TV9) dan Tonton, portal video premier di Malaysia . Program yang disiarkan nanti bercampur antara tempatan dan luar. Selain daripada program antarabangsa seperti Ben 10 dan Doraemon, kami ada program tempatan seperti Upin & Ipin dan Boboiboy! yang akan mendapat tempat di pasaran rantau Asia dan juga di seluruh dunia". (sumber: myMetro).

So siapa yang suka tengok kartun, sangatlah sesuai dengan Bananana ni ye adik-adik. Kartun tu kartun juga, tapi kerja rumah jangan lupa buat pulak ye..Jangan jadi macam saya masa kecik2 dulu..Hihi...



Haa nilah dia rupa Banananaa tu..Macam rupa pisang kan..Yolahh, dah nama pun banana = pisang..

Oklah, nak layan si Darwish ni berjoget..Bubyee..


Wassalam

Monday, April 1, 2013

Stroller Darwish yang sekarang: Sweet Cherry Cosi

Assalamualaikum
 
Stroller ni sebenarnya dibeli masa umur Darwish 8 bulan kalau tak silap saya..Baru sekarang nak buat entry mengenai itu..Dulu-dulu masa baby lagi, Darwish guna Stroller Sweet Cherry Montana...Saya dan husband decide untuk tukar kepada stroller yang lebih ringan dan mudah diangkut keluar masuk kereta. So terbelilah Stroller Sweet Cherry Cosi Stroller..Walaupun ianya taklah seempuk stroller yang dulu, tapi kami amat berpuas hati dengan stroller baru ni. Ciri-ciri yang ada:
 
  • Suitable from 6months above to 4 years old
  • Multi-position adjustable backrest and adjustable footrest
  • Simple and compact umbrella folding convenient for traveling
  • Wheels with front suspension and direction lock
  • With 5 points safety harness and mesh basket

  • * credit: Website Sweet Cherry


    Nak tengok lebih details, meh saya tunjukkan gambar stroller tersebut bersama-sama si Darwish.

     Darwish suka tak duduk dalam stroller ni?
     
     
    Sukaaaa Mamaaa :)

    p/s: Ada tiga warna pilihan..Putih, purple, merah.

    Wassalam

    Petua Halau Semut

    Assalamualaikum
     
     
    Fuhh..Sejak akhir-akhir ni, kehadiran semut di rumah ni sangatlah menyakitkan hati..Ada ke patut air kosong dalam cawan, saya tinggalkan sekejap dalam 10 minit macam tu, tengok-tengok ada 3 hingga 4 ekor semut dah berenang kuak lentang dalam cawan tu..Hampagass punye semut..Terus tak lalu nak minum air tu..Air kosong kot..Bukannya ada gula pun..
     
     
     
    Berkonvoi nak pi mandi kolam lah tu..
     
     
                                         Wahhhh seronok u olls berenang kuak katak dalam tu ye

     
     
    Bukan tu saje, air dalam bekas air yang besar tu pun dia dah jadikan swimming pool kaum kerabat dia..Lauk-pauk atas meja pun dikerumunnya nak buat lunch diorang..Hati dah panas..So terus google cara nak halau semut..Haa amik kau..Harap-harap menjadi la petua ni..Meh saya nak share untuk kengkawan semua ye..Sharing is caring kann..Caranya.
     
     
     1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

    2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


    3) Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula atau di kaki meja atau perabot. Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.


    4) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

    5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

    6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

     
     
    Selamat mencuba..Kalau ada petua lain, bolehlah share di komen bawah ni ye..
     
    Mekasih.