My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Alhamdulillah..My Lil Hero Darwish

Assalamualaikum

Perghh rasa kekok pulak nak menaip..tapi taip mesej kat handphone laju la pulak ye..Yela dah 5 bulan tak update blog since my last posted . Tu pun upload gambar je.Huhu..Sungguh pemalas azie ni..Opss bukan malas, tak nak..tak nak..tak nak.(nada Dr. Izi). tapi ia disebabkan oleh beberapa peristiwa penting yang telah saya hadapi dalam beberapa bulan ni. Apa yang terjadi akan saya ceritakan dalam post yang akan datang. 

Berbalik kepada tajuk di atas, saya ingin mengucapkan jutaan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan saya seorang hero comel yang akan menyerikan lagi rumahtangga saya dan suami tercinta. Hero saya diberi nama Muhammad Darwish Irfan bin Mohd Faizul..Beliau dilahirkan pada 9/3/2012 pada jam 9 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dengn berat 2.28kg...Wahh ayat macam skema la pulak.. Ekceli saya bersalin c-zer(pembedahan) disebabkan pendarahan yang terlalu banyak. Haa next entry nanti saya cerita pengalaman semasa bersalin pulak ye. Eventho dah lalui pelbagai 'cobaan' semasa mengandung dan bersalin,tetapi saya amat bersyukur kerana Darwish saya selamat dilahirkan dan cukup sifatnya.Alhamdulillah :)

Hi saya Darwish. Masa ni baru je keluar dari perut mama saya :)


7 hari kemudian
-
-
-
-
-
-
-


Hi.I'm Darwish, 7 day old

Allahuakbar.Darwish nak solat dulu ye mama
Dah siap solat.Nak buat ape lepas ni ye

Huwarggh..Ngantok la pulak

Sebelum tido nak nangis kejap la

Haa baru lena tido saya. Zzzzzz.Nite olls



 Wassalam