My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 21, 2013

Stroller Darwish yang dulu: Sweet Cherry Montana

Assalamualaikum
 
Kali ni nak cerita mengenai stroller yang dipakai dan yang pernah digunakan oleh Darwish kesayangan saya. Masa saya pregnant dulu, memang tak sempat nak mengsurvey jenis2 stroller yang ada di market. Alahan yang sangat teruk menyebabkan masa saya banyak dihabiskan dengan tidur dan muntah..Huhu..Sangat sadis time tu. So setelah Darwish dilahirkan, beliau memang takde stroller lagi. Sebab fikir logik gak, takkan dalam pantang dah nak bawa baby keluar jalan-jalan kan..Dahla Darwsih tu baby pramatang..Risau la nak bawa dedah kat public..Prevent is better than cure kan..
 
Bila Darwish masuk umur 3 bulan, keinginan untuk bawa baby jalan-jalan sangatlah kuat. Dahla saya pun dah lama tak melaram pi jalan-jalan ( sebab kes saya terlantar di hospital hampir 2 bulan masa mengandungkan Darwish) . So gamble je saya dan husband bawa Darwish pi Carefour tanpa ada stroller ( Carefour je punnn)..Means Encik Suami kenalah dukung dia sepanjang masa..Saya nak tolong dukung pun tak boleh, orang kena czer, sakit luka kena bedah tu masih ada lagi. Tapi nasib baik encik suami saya sangatla 'tough' orangnya..Hihi..
 
Tapi bila dah hampir sejam lebih berjalan mencari barang dalam Carefour tu, of coursela Encik suami dah semakin keletihan dan lenguh sebab mendukung Darwish..Walaupun masa tu berat Darwish hanyalah 3 kg lebih dan dia juga lena tidur dipangkuan ayahnya..tapi still kesian saya tengok suami saya...Jadi kami pun segeralah ke kaunter bayaran, dan pulang terus ke rumah...
 
Pada minggu seterusnya, tanpa berlengah lagi, kami terus planned nak pegi Jusco Bukit Tinggi ,Klang untuk survey dan terus bawa balik stroller untuk kegunaan Darwish..Malangnya, di Jusco takde pun brand-brand impian saya ( Quinny, Mclaren)...Tapi nasib baik gak takde, kalau tak, mau habis setengah bulan gaji beli menda tu...So brand yang paling faymous di Jusco adalah Sweet Cherry..Memang sweet-sweet je stroller dia..Harga mampu milik...Range RM 80+ hinggalah RM 700+ if saya tak silap..
 
Setelah penat membelek2, menggodek2, sampai Darwish pun jadi model masuk dalam stroller tu, at last saya dan husband pun sepakat beli Montana Stroller brand Sweet Cherry..Harga RM 350 kot..Sorry,saya ni pelupa banyak..Hihi . (Ekceli, before pi Jusco ni,kami dah survey kedai2 lain).
 
Macam ni lah rupa dia..Boleh refer website Sweet Cherry
 
 
 
Dan inilah rupa dia bila Darwish duduk dalam stroller ni....Gambar ni diambil masa Baby & Mother Fair di Midvalley tahun lepas..Si Ayah setia menolak stroller, Darwish setia dengan belon pink, si Mama setia dengan kamera..Hihi..Dan stroller dia wajib letak kipas kecik tu, incase tempat panas ke, ON kan je kipas tu..
 
 
Advantages:
 - Selesa sebab stroller ni luas..Sesuai untuk baby debab2 macam Darwish.
 - Bawah seat tu ada basket untuk letak barang. Selalu saya letak plastik bag time  shopping..So jalan berlenggang je.
 - Belakang seat ada compartment untuk letak barang kecik2, seperti botol susu, botol air etc.
- Tahan lasak sebab tayar dia agak besar
- Seat boleh laras 3 posisi. Boleh baringkan baby. Sesuai untuk baby newborn hingga 4 thn
- Depan seat ada food tray. Boleh remove if tak nak guna
- Tayar belakang ada brake. For safety
 
Disadvantage:
- Besar gedabak, so ambil space yg banyak untuk storage dalam kereta. Kalau kereta besor, takde masalah
- Sangat berat untuk diangkat. Saya pernah try angkat nk bawa masuk kereta,tapi tak mampu den. So husband jela yg buat kerja mengangkat tu
 
 
So far tu je kot, if ada lagi nanti saya update..Tapi sekarang Darwish dah tukar stroller lain.Hihi..Nanti saya cerita entry lain.
 
 
 
Wassalam

FIZZ FAIRUZ BOHONG? BETUL KE TIDAK?

Assalamualaikum

Aik sejak bila blog azie yang suci murni ni jadi blog gosip mak jemah? Haha...Saja nak tukar bidang kejap, nak jadi paparazzi.. Mesti u olls semua dah aware dengan kisah pertunangan dan putus tunang si Fizz Fairuz tu kan...

Cerita 1 st, si Almy Nadia tu cakap, Fizz yang buat hal dulu, tiba-tiba takde angin takde tsunami, Fizz ni bertunang dengan seorang perempuan yang comel .Kalau tak silap 10 Februari 2013 haritu... Almy Nadia tu pun comel jugak. Azie Suhaimi tu lagiila comel..Eh terselit pulak nama saya kat situ kan..

Cerita 2nd, Ada mamat mana entah,mengaku yang dia tu adalah suami kepada tunang si Fizz Fairuz tu..Dah pulakk..Mana boleh isteri orang pi bertunang dengan lelaki lain kan. Haram di sisi Islam..So cerita tu tak pasti sahih atau tidak..

Cerita 3rd pulak, si Fizz dah putuskan pertunangan dengan perempuan yang dikatakan sudah berkahwin tu. Yelaa, takkanla Fizz nak jadi suami kedua pulak kan..Tak pernah dibuat orang kot. So cerita latest, perempuan tu pulak cakap yang Fizz bohong.Perempuan tu declare yang dia tak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum ini...Emmmmm camtu pulak ceritanya...

Siapa tipu siapa ni? Nak tahu jawapannya? Tunggulah gosip seterusnya ye. Tu pun kalau saya tak kena pecat jadi paparazzi..Hahaaa..


Ni masa Almy dan Fizz bercinta...dalam ni Fizz pakai topi
 
 
Ni masa Fizz bertunang dengan perempuan lain..Masa ni pun Fizz pakai topi
 
 
 
Fizz ni memang suka pakai topi kot..Ke dia tokey jual topi ek?
 
 
Nota: Saya bukan nak memburukkan atau menuduh atau menganiaya sesiapa..If saya salah tulis cerita, saya minta maaf awal2 ye..Cuma nak share cerita yang saya baru dalam facebook tadi.Mood tengah rajin nak update blog.Huhuuu..

Wassalam

Segmen : Jom Jadi Blogger Pilihan Wan 2013

Assalamualaikum

Segmen lagi..Sampai 2 post buat pasal segmen.Hihi.. So sajala nak tag 2 orang di bawah ni:

Dila Cantik dan juga Cik Bunga si mekap retis



 
 
Wassalam

Segmen Fatin Farhanah Mencari Bloglist March


Assalamualaikum


Jom join segmen ni. Klik banner di bawah :)




Wassalam

Tuesday, February 5, 2013

Resdung, Allergy, Eczema...

Assalamualaikum

Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan

                 Haa ni la rupa hama tu dari dekat (guna mikroskop)..Dengan mata kasar memang tak nampak ler.


Untuk masalah resdung dan allergy, pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu... Antara supplemen yang boleh membantu anda : Protein (Mealshake/SoyProtin), B Complex, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan Vita-Lea dari SHAKLEE

Kenapa ESP (Soy Protein)?


Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protein akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….

B Complex

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...


Vitamin C

 Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...

Alfalfa 

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

 
GLA
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)


p/s: boleh PM saya untuk dapatkan cadangan supplemen dan jadual makan untuk hasil yang lebih berkesan

 Wassalam

Renovate Dapur ala-ala rumah Linda Onn

Assalamualaikum 

Hurmmm..semenjak dua menjak ni, bila buka PC/laptop je, website yang saya wajib lawati mesti ada kena mengena dengan rumah, dapur, ubahsuai...huhu..Dah kemaruk nak renovate rumah la tu nampak gayanye... Waaa makin banyak website saya tengok, makin rambang mata di buatnya..Banyakkk design lawo2....Ongkosnya pun kena la lawaa kan..

Takpe, kita buat satu2 ye azie..Jangan gelojoh gelabah tak tentu pasal..Nanti yang di kendong tercicir, yang di kejar tak sempat nak kejar pulak..Soo plan pertama ataupun fasa 1 ialah nak ubahsuai dapur (wahhh angan2 tinggi kau). Nak buat kitchen cabinet..Yela bila dapur dah cantik berkilat, confirmla semangat nak memasak tu akan datang macam kilat..Sekarang ni semangat nak memasak lambat macam siput ke?Hoho..Kantoi..Dan confirm masakan akan lebih sedap..sesedap mataku memandang dapur baru ku nanti...Yeehaa..

Saya dah survey2 website interior designer, dan dah cuba dapatkan beberapa quotation dari kontrakotr..Harga mesti dalam bajet yang dah kami (saya dan husband laa) rancang. 

Ekceli, kabinet dapur ni ada macam-macam material..Eg: melamine, 3G glass, acrylic , nyatoh etc..Table top dia pun ada beberapa material yang boleh di pilih ikut citarasa masing-masing..Seperti chipboard, solid surface, tiles, granite etc..Ada harga murah, ada harga mahal. Bergantung pada kualiti dan ketahanan bahan tersebut..Wahh macam bagi lecturer kat student pulak bunyinye ye..Haha..

Apakah melamine itu? Nak tahu material2 yang lain yang digunakan untuk buat kitchen cabinet? Haa tunggu entry yang lain pulak ye..Entry kali ni untuk nak berangan bermimpi kejap..Hihi. Silalah bersedia cuci mata anda ye..Antara dapur idaman saya..Jeng..jeng..jeng..

Hijau epal..sejuk mata memandang



Hitam+ putih itu menawan + suci..Tapi kena rajin cuci la,sebab senang nampak kotor


Meja bar bertingkat
 


Material nyatoh..Mahal woo..Suka lantai dia



Siap ada chandeliar bagai kat dapur dia..


Merah + Hitam = Sukaaa, nampak eksklusif

 Haa ni la dia dapur Linda Onn...Ala-ala gambar di atas kan... Credit:Media Malaya

Teruja kan tengok dapur lawa-lawa ni..Suka-sukaa :)




Wassalam