My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 10, 2014

Darwish Irfan sudah 2 tahun maa

Assalamualaikum

Ekceli semalam hari lahir Darwish yang ke 2 tahun..tanggal 09/03/2014. Tapi baru harini sempat update..semalam hari penat sekeluarga. Rasa macam kita baru je celebrate birthday Darwish yang pertama. Cepatnya masa berlalu. Daripada seorang bayi kecil yang hanya pandai menangis, kemudian dah pandai bergolek-golek, kemudian pandai meniarap, dan terus pandai berjalan. Kemudian baru merangkak. Terbalik ek..Hihi. Sekarang dah besar panjang, dah pandai bercakap, berceloteh, pandai membaca ABC dan terbaru pandai baca nombor. Alhamdulilah dengan permata yang dikurniakan olehMu Ya Allah. Sangat berharga buat kami sekeluarga.

Darwish, seorang permata yang sangat comel. Sangat peramah dan suka berkawan. Pandai ambil hati Mama dan Ayah bila kami merajuk. Dan lepas tu dia pulak yang merajuk. Hihi

Semasa mengandungkan Darwish, ketika usia kandungan 6 bulan, Mama 'bleeding' dengan sangat banyak. Jam 3 pagi ketika itu. Mama masih ingat lagi detik cemas tu. Tilam basah dengan darah. Terus ke tandas. Dan keluar seketul darah seperti hati lembu. Mama terus menangis sebab takut kehilanganmu sayang. Mama menangis terketar-ketar dan  kejutkan Ayah untuk bersiap ke hospital. Perlahan-lahan menuju ke kereta dan Mama terus baring di seat belakang. Dengan harapan darah tidak mengalir lagi dan Darwish selamat di dalam perut Mama.

Bermulalah kehidupan Mama dan Darwish di hospital selama 2 bulan, sehinggalah Darwish dilahirkan melalui pembedahan. Banyak suka duka ketika Mama dan Darwish di hospital. Akan Mama ceritakan lagi di kemudian hari. Namun Mama dan Ayah bersyukur sangat-sangat kerana kini Darwish telah membesar dengan sebegini sihat, aktif dan bijak. Tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.


Setiap hari Mama kagum dengan kebijaksanaan Darwish. Handphone Mama dan Ayah dah jadi hakmilik Darwish. Habis di 'explore'nya. Sampai beberapa kali telefon Mama jatuh ke lantai, tapi masih hidup lagi. Panjang umur telefon tu. Darwish dah mula pandai nak mandi sendiri, pandai ambil pampers dan baju sendiri selepas mandi, pandai ambil kasut dalam almari bila nak pergi jalan-jalan, sebut perkataan2 baru, imitate bunyi haiwan, pandai menyanyi sambil buat gaya menari,  dan banyak lagi benda baru yang Darwish buat pada setiap hari. Sebab tu setiap hari  Mama tak sabar nak balik rumah cepat2 sebab nak tengok celoteh dan keletah Darwish.

Darwish membesar dengan sangat cepat. Dalam masa 2 tahun, daripada sekecil-kecil bayi seberat 2.3 kg kepada budak kecik yang beratnya 13kg. Sebab tu Mama suka ambil gambar Darwsih setiap masa, sebab Mama tak nak lupakan setiap peringkat Darwish membesar.

 “ I never want to forget the way your eyes sparkle when you’re happy, your mischievous smile, your happy dancing, those precious precious warm cuddles”. 

Mama dan Ayah tak sabar nak lalui hari-hari, bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya dengan Darwish. Darwish, banyak lagi benda Mama nak tulis, banyak lagi perasaan Mama nak luahkan, tapi yang paling penting , 2 tahun dan 7 bulan yang Darwish berikan adalah hadiah terhebat untuk Mama dan Ayah.

 “You made our lives complete”.

Happy Birthday Darwish Irfan






Darwish Irfan sudah 2 tahun


Darwish Irfan sudah 2 tahun

 Wassalam

Monday, March 3, 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE

Assalamualaikum 

Masuk awal bulan, mesti ramai yang tak sabar nak tahu apa promosi Shaklee kan?  Seronok sangat sebab bulan Mac ni Promosi Energizing Soy Protein, faveret saya. Of cos feveret customer tersayang saya juga. Promo Beli 6 Percuma 1

PROMOSI ESP SHAKLEE
                                                        Promosi Buy 6 Free 1 ESP
   

Siapa yang beli 6 tin, automatik dapat PERCUMA 1 tin ESP.  Selain itu, ada banyak lagi offer lain yang nak diberi secara PERCUMA. Cekidaut!

 

PROMOSI ESP SHAKLEE
                                                                 Tawaran istimewa


Jika anda membuat pembelian sebanyak 6 tin canister, selain dapat PERCUMA 1 tin canister ESP anda juga layak menerima:
  • PERCUMA keahlian Shaklee ( bernilai RM65)
  •  Anda layak untuk mendapat CASHBACK sebanyak RM30++ pada bulan berikutnya
  • Sebaik sahaja anda didaftarkan sebagai ahli Shaklee anda akan diberi akses ke website Shaklee  dan anda sudah boleh mula shopping Shaklee secara online.
  • Sebagai ahli Shaklee anda berpeluang untuk mendapat 3C (CASH, CAR, CONVENTION)

Untung siapa borong sekaligus 6 tin ESP. Kesihatan bertambah, duit pun makin bertambah. Kalau nak tester ESP pun boleh, tapi kena datang rumah saya la ye. Hihi. 

Untuk peringatan, ESP ni hot produk, so stok cepat habis. Jom borong sebelum terlepas. 

Untuk penerangan lebih lanjut atau nak order, boleh hubungi saya:

Azie Suhaimi
PM/whatsapp : 012-3872690
Emel: innerbeuaty2u@gmail.com
Fb: Go Natural with Azie Suhaimi <---- Sila LIKE untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik dari kami




DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA).



Wassalam