My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 18, 2012

medela freestyle saya :)

Assalamualaikum 

Alhamdulillah..ape yg saya tunggu selama ini. dan ade depan mata..mmm..medela frestyle saya..sampai ke tangan dengan selamat....ekceli bila buka kotak, otak jadi macam blur-blur sikit,sebab banyak jugak barang dalam kotak tu.yela,selama ni pakai breastpump brand 'Pureen'..ada 3 parts je..bila jumpa fs ni, tu yang jadi jakun sikit..hihi...antaranya parts nya ialah:  .

  1. tote bag untuk isi all the equipment. size dan design agak sesuai untuk di bawa jalan-jalan
    Tote bag. Warna hitam. Semua standard colour

     
  2. cooler bag dan ice pack..ice pack ni jenis yang tahan lama dan tahan lasak, bukan jenis yang dalam plastik biasa tu( until now,dah dua ice pack saya yang plastik tu koyak. so orang yang ganas macam saya ni sesuai la guna ice pack jenis contoured ni)

  3. 4 botol (150ml ) bekas susu brand medela yang BPA free termasuk penutup dan extra 1 puting 
    Cooler bag + ice pack yang tahan lasak + 4 botol susu medela
     

  4. 2 corong pump size M (24 mm) dan 2 corong pump size L (27mm)
  5. 1 set tubing

    Tubing- ada 3 connector
  6. Kit untuk free hand pumping.Lebih kurang macam getah yang diikat pada nursing bra. So make sure kena ada nursing bra yang mencukupi untuk guna hands free.

    Boleh belajar cara guna melalui manual booklet yang dibekalkan sekali dalam kotak tu
  7. 1 rechargeable bateri ( pastikan bateri di cas lebih 8 jam untuk pertama kali ). Bila dah cas penuh, tak perlu sambung pada power supply, so bolehl mengepam sambil buat kerja rumah atau mengupdate fesbuk.hihi
  8. 1 charger/ac adaptor. Disebabkan pam ni di beli direct dari US, pin pada adaptor hanya sesuai untuk plug di US, so di Malaysia kita kena beli 3 pin adaptor untuk sambung ke plug rumah kita. Saya beli di Jusco je, RM 5.90..ada yang lagi mahal, depends pada user la nak guna jenis yang macam mana kan. Tapi so far saya guna adaptor Jusco tu, alhamdulilah ok je :).
    Power cord & charger - Perlu beli adaptor untuk sesuaikan dengan plug di Malaysia
  9. Dan yang paling penting ada motor pam yang compact (comel je size dia dengan kaler kuning) with digital display and timer
    pump motor fits into your hand

Yang banyak tu aksesori dia je. Bila nak pam di ofis,bawa barang yang penting je..so takdela nampak gedabak sangat beg tu kan..

Bukan niat nak menunjuk, hanya berkongsi dengan ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana yang sedang tercari-cari breastpump yang sesuai untuk diri masing-masing.Semuanya terpulang pada rezeki, ada guna cara marmet pun still dapat fully breastfeed baby dia, ada juga yang beli riban-riban tapi tak sesuai dengan diri dia. So nak tahu pam tu ok ke tak dengan diri kita,kenalah cuba dulu kan.
Sekarang dah ada banyak kedai untuk ibu dan anak yang offer untuk testing any breastpump yang berkenan di hati. Tapi kalau ada uwang lebih, enggak salah kita membeli sesuatu yang terbaik utk kita dan anak kita kan.
Ada juga yang bertanya saya mengenai medela fs ni. Brand ni kan tengah hot macam pisang goreng panas sekarang ni (which is a good sign, ibu-ibu dah sedar tentang kepentingan susu ibu untuk bayi mereka). Jadi kepada sesiapa yg berminat nak membuat pertanyaan mengenai breastpump brand medela...bolehlah berhubung dgn saya..saya akan cuba offer harga yang termurah untuk  ibu yang seangkatan seperti saya..insyaAllah..saya akan membantu.. Happy breastfeeding mommies :). 


Wassalam

Tuesday, August 14, 2012

Darwish paling suka.....

Assalamualaikum

Alhamdulillah, umur saya masih lagi dipanjangkan untuk menikmati rahmat bulan ramadhan yang mulia ini.  Especially, pertama kali berpuasa dengan Darwish di sisi, dan kali ke-2 bersama suami tersayang. Alhamdulillah juga puasa tahun ni saya berkesempatan masak berbuka untuk suami. Mana taknye, puasa tahun lepas nak puasa pun tak larat, inikan pulak nak masak. Huhu. Beli kedai jela puasa tahun lepas. Tahun ni pun beli kedai jugak, tapi bukan setiap hari. Weekend insyallah saya cuba terpaksa rajinkan diri untuk ke dapur berperang dengan kuali dan senduk.Hihi

Tapi ada seorang budak kecik tu tau,dia tak puasa... Nama dia Darwish. Hihi. Aktiviti yang paling Darwish suka adalah masa waktu berbuka. Bila dah time nak maghrib tu, saya akan letak Darwish siap-siap dalam bouncer dia dan mengadapkan dia ke arah kami di meja makan. Ini untuk memudahkan saya dan suami untuk berbuka tanpa gangguan. (Yela dah puasa seharian,laporr, mestilah nak makan tanpa gangguan kan.Hihi). Disebabkan Darwish masih lagi menyusu, dia sangat excited bila tengok kami makan. Mata bukan main bulat lagi tengok setiap kali saya suap makanan dalam mulut. Sambil mulut dia terkumat-kumat macam nak mengunyah. (Crius saya rasa sangat bersalah tiap kali Darwish buat mulut camtu, rasa nak pegi je suap nasi lauk sambal ayam tu kat dia). Tapi apakan daya sayang, masamu belum tiba lagi untuk merasai nikmat lauk pauk. Buat masa ni, susu ibu adalah yang terbaik untuk Darwish ye.

Masa sedap-sedap mengunyah sambil berborak dengan suami ( X elok makan sambil bercakap kan.Huhu), tiba-tiba kami dengar bunyi ' Cup..cup..cup..' . Tolehla kat si Darwish. Tengok-tengok,ibu jari dia dah masuk dalam mulut. Aduhai, siannya anak mama ni, tak dapat nasi, jari pun boleh la ye..

Darwish juga suka hisap jari bila dia tengah tengok tv, jalan-jalan dalam kereta,masa tengah mandi blablabla... Haihh, dah cuba tarik tangan dia time dia nak cuba hisap, tapi dia hisap balik. Jenuh dah buat banyak kali,camtu jugak. Ada orang cakap tak elok baby hisap jari, nanti gigi 'awning'.. Aish, takmola jadi lagu tu. Sapa2 ada cara tak nak bagi baby hisap jari, roger2 la saya ye.Hihi. Tapi sangat comel bila dia hisap jari. Macam ni
                                -
                                -
                                -
                                -
                                -
                                -



Mata mesti nak bulat bila posing

Maluuu la saye

Hihi..saya suka hisap jari

Saya suka hisap jari sambil tengok 'wonderpets'