Misteri bunyi dari dalam bilik utama terungkai

Assalamualaikum

Ketuk..ketak..ketuk..ketak....saya dengar dan amati bunyi tersebut berulang kali..Bunyi tersebut datang dari dalam bilik utama..Saya pula sedang berehat di ruang tamu sambil melayari internet..Pada hari tersebut Darwish tidak berapa sihat. Jadi beliau sedang berehat di dalam bilik..Tidur dengan nyenyak setelah disusukan..

Tapi setelah merdengar bunyi tersebut masih berterusan, dan saya amati tiada suara Darwish, tiada bunyi tangisan atau rengekan dia seperti biasa. Lalu saya dengan berhati-hati melangkah ke bilik utama, dan mengintai melalui celah pintu bilik yang tutup tidak terlalu rapat. Dan saya sempat merakamkan apa yang sedang berlaku di dalam bilik tersebut. Perhatikan juga pada minit 1:39...

 


Hihi..Rupa-rupanya si kecik saya tu dah terjaga, dan dia tidak menangis seperti kebiasaannya bila bangun tidur..Tanpa disangka, dia ralit bermain bunyi-bunyi di bilik dan berseorangan pulak tu...Kan best kalau selalu macam tu Darwish..Senang sikit kerja Mama..Hihi..
Pada minit 1:39 tu, mata dia berkedip-kedip bila dia terperasan yang saya sedang merakam perbuatan dia..Hihi..Comel tol.Geram je Mama tengok :)

p/s: Maaf, kualiti video amat tidak memuaskan krana sya guna handfon cikai2 je..huhu 


Wassalam

Comments

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts