My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 20, 2013

1 Million Women Purple Walk 2013 di Putrajaya

Assalamualaikum
 
Ahad lepas, bersamaan 18 Mac 2013..Saya terpaksa dan memaksa diri untuk join program 1 Million Purple Walk di Putrajaya...40 orang wanita yang bertuah ( ayat ambik hati) terpilih untuk mewakili KTMB pada hari tersebut. Program start pukul 8 pagi..So cuba bayangkan pukul berapa saya kena keluar dari rumahku nunn di Shah Alam tu.. 6.10 pagi saya tercongok di stesen Komuter Shah Alam, semangat ( Malaysia di hatiku la sangat) nak naik 1 st tren ke KL...Sempat grab coklat masuk dalam beg..Kunyah-kunyah..Tren pun sampai..Cari port best untuk landing kan kepala yang dah mamai nak sambung tidur semula...Krohhh..krohhh..Jap,sebelum tu set alarm di handphone , incase terlajak tidur sampai terlepas stesen..Huhuu.
 
Sampai KL sentral, berkumpul, naik bas (KTMB sewa bas mana entah), sambung tidur balik dalam bas, mimpi makan gula-gula, sampai Putrajaya, gosok-gosok mata, betul-betulkan tudung yang senget.
 
 
 
Sampai Putrajaya dalam pukul 8 lebih camtu..So kami start berjalan ,menuju ke pentas utama...Jalan punya jalan, tak nampak-nampak pentas pun..Dah hampir 20 minit kot berjalan..Nasib baik waktu pagi, udara masih nyaman dan sejuk..Bangunan di sekeliling Putrajaya lawa-lawa belaka..Sambil jalan-jalan, borak-borak, ambil gambar, borak-borak lagi...
 
 
 
Penat tak boleh nak habaq macam mana dah...Nasib baik dalam bas tadi dapat bekal roti free..Makan jap untuk tambah tenaga...Depan sikit lagi, dah nampak skrin TV besar punyerr...Ingat nak lepak situ dah.Pastu polis-polis jaga tu kata " Gerak depan lagi ye, nanti orang kat belakang tak muat nak duduk"..Emmm kami pun berjalan lagi ke depan..Nampak lagi skrin TV besar..Muka Najib terpampang..Beliau tengah bagi ucapan berapa puluh kata entah..Tak sempat den nak kira...
Sambil dengar ucapan beliau, sambil ambil gambar nak masuk blog...Haa lupa pulak, host acara ni ialah Dato' AC Mizal dan Hunny Madu...Tak dapat bergambar pun..Tak larat dah nak jalan pi pentas utama ynag punyela jauh kat depan nun..Kami bergambar syok kami sendiri je..Kalau korang tak lalu nak tengok, sila tutup mata ye...Jangan tutup hidung pulak..Nasi lauk ayam pun they all bagi free..Nak ambik banyak2 berkodi-kodi pun boleh..
 
 
 
 
Selepas bagi ucapan, Najib pun dengan rasminya merasmikan Program 1 Million Purple Walk ni sempena Hari Wanita..Tapi macam ramai je orang lelaki yang dok tercongok kat sini..Huhu..Ada mercun sikit, lepas tu ada banyak belon purple dilepaskan ke udara...Comell...Sambil tu jugaklah nasi lauk ayam tu licin di makan olehku..Mekasih sape yang sponsor...Kenyang lagi..Alhamdulillah :).
 
 
 
Ingat nak balik dah, lepas tu ada persembahan nyanyian dari Stacy...Sedap jugakla suara dia secara LIVE..Bolehbahkalaukau...Dah tak larat nak tunggu, lagu tak habis lagi, kami pun bergerak balik ke lokasi bas..Nak menapak lagi..Sabor jela...Pukul 10 lebih, tapi cuaca sangatlah berbahang..Jalan pun nak cari yang bawah pokok je...Rasa macam nak curah ais kat muka je...Kalau pegi spa lepas ni kan syokk..Tapi rindu kat Darwish dengan Ayah dia kat rumah tu..So sampai je Kl Sentral terus pi naik tren balik Shah Alam...Tak larat dah nak pi window shopping kat Mid Valley ( Plan asal kononnya nak gi Midvalley). Ok pengsann..K bai
 
p/s: Baju dan tudung purple disponsor oleh KTMB..Seluar Sdn Bhd
 
Wassalam
 
 
 
 

2 comments:

lania assina said...

meriahnya dkat putrajaya.hehe..

Zawifatul Aziah said...

meriah sangat..sampai nak keluar balik pun jammed...habis masa dalam bas je..huhu

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)