TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI (^_^)

Assalamualaikum dan Hai,
Tazkirah pada tengahari Jumaat pada hari ini adalah berkenaan rumahtangga..Siapa yang rumahnya takde tangga, sila beli tangga dulu, baru boleh baca post ni ye..
Perkahwinan saya dah husband dah masuk tahun ke 2 *Alhamdulillah. Dah ada anak sorang pun. Walaupun dah dua tahun dok serumah, tapi kami still dalam dalam proses untuk memahami, mengenali dan mencungkil sifat dan perangai masing-masing. Proses ni tidak akan ada hentinya untuk sesebuah rumahtangga. Ia akan terus berjalan dan berjalan. Non stop. So dalam masa proses tu berjalan, adalah masa manis bak gula pasirnya, ada masa pahit bak peria, ada masa tawar bak air mineral Spritzer. Macam-macamm adoo.
Lagi-lagi dah ada si kecik bambam tu, lagilah bertambah perisa hubungan rumahtangga kami. Walau apapun, I LOVE them both so much :) .
So apa kata saya share tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri nak? Please cakap nak, kalau tak malu I....wuwuwu.
Selamat membaca.

1) Solat Berjemaah.
Solat berjemaah amat dituntut dalam Islam… Suami sebagai ketua keluarga hendaklah menjadi imam kepada isteri dan anak2.. Dia hendaklah mempergilirkan solat berjemaah diantara di rumah dan di mesjid atau surau.. Bersolat dan berdoa bersama2, dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak2…

2) Memberi bimbingan Agama.
Suami juga hendaklah memberi didikan agama kepada keluarganya, dengan cara membaca kitab2 agama, tafsir Al Quran, Hadith2 Nabi s.a.w… Pilih masa yang sesuai, terutama selepas solat fardhu berjemaah.. Masa diambil kira2 10 – 20 minit, mengikut kesesuaian..

3) Saling memberi hadiah
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda: "Saling memberi hadiahlah kamu, niscaya kamu akan saling cinta mencintai." (HR. Bukhari).. Memberi hadiah merupakan salah satu bentuk perhatian seorang suami kepada isterinya, atau isteri kepada suaminya. Terlebih bagi isteri, hadiah dari suami mempunyai nilai yang sangat mengesankan. Hadiah tidak semestinya mahal, tetapi sebagai simbol perhatian suami kepada isteri..

4) Mengkhususkan waktu untuk Makan Bersama dan duduk bersama.
Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing, dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Kelak anak2 akan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah... Firman Allah: "Pergaulilah mereka dengan baik." (QS. An Nisa':19)…Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam juga bersabda: "Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri kamu." (HR. Tirmidzi)..

5) Menampakkan wajah yang ceria.
Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak berkerut. Secara umum Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sedikit pun janganlah engkau menganggap remeh perbuatan baik, meskipun ketika berjumpa dengan saudaramu engkau menampakkan wajah yang manis dan ceria." (HR. Muslim).. Begitu pula sebaliknya, ketika suami datang, seorang isteri jangan sampai menunjukkan wajah masam atau marah. Meskipun demikian, hendaknya seorang suami juga memahami keadaan isteri secara kejiwaan. Misalnya, isteri yang sedang haidh atau nifas, terkadang melakukan tindakan yang kurang menyenangkan. Maka seorang suami hendaklah bersabar.

6) Bersama-sama melakukan tugas2 rumahtangga…
Di antara kesalahan sesetengah suami ialah, mereka menolak untuk membantu tugas2 di rumah. Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam melakukan tugas-tugas di rumah, seperti menjahit pakaiannya sendiri, memperbaiki sandalnya dan melakukan tugas-tugas di rumah. Terlebih lagi dalam keadaan darurat, seperti isteri sedang sakit dan sebagainya…

7) Ucapan dan kalimat yang baik.
Kata2 yang baik adalah kata2 yang menyenangkan. Hendaklah menghindari kata2 yang tidak menyenangkan, bahkan menyakitkan. Seorang suami yang menegur isterinya karena tidak berhias, tidak mempercantik diri dengan celak dimata, harus dengan ucapan yang baik. Misalnya dengan perkataan "Mengapa engkau tidak memakai celak?" Isteri menjawab dengan kalimat yang menyenangkan: "Kalau aku memakai celak, akan mengganggu mataku untuk melihat wajahmu".

Perkataan yang demikian menunjukkan ungkapan perasaan cinta isteri kepada suami. Ketika ditegur, ia menjawab dengan kalimat yang menyenangkan... 

- Ustaz Ramli Joned
TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Dah dua tahun lebih kita kahwin ye.Rasa macam baru semalam kita tangkap gambar ni.Hihi
p/s: Post ini adalah untuk rujukan saya. Saya pun banyak khilafnya. Tengah berusaha nak jadi isteri yang solehah. Amin
Terima kasih kerana sudi membaca!




 Wassalam

Comments

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts