Tips pilih plaster siling dan lampu

Assalamualaikum
 
Dikala mood sekarang semua pasal rumahhh je kan. Rasa baik hati la pulak nak share tips kat bawah ni. Jom deco bersama Azie..Wahhh.
 
 
5 TIPS PEMILIHAN DAN PEMASANGAN SILING PLASTER
 
1.  Siling plaster adalah sangat sensitif pada air atau keadaan yang lembap dan basah. Oleh itu, sentiasa elakkan daripada memasangnya berdekatan dengan sumber air atau paip air.
 
2. Pastikan ketinggian dari paras siling ke lantai sekurang-kurangnya 9 kaki supaya siling plaster tampak sesuai dengan ruang anda selain memudahkan kerja pemasangan.
 
3.  Pastikan juga keluasan saiz ruang dalaman. Saiz ruang haruslah sesuai dengan jenis siling yang digunakan. Contohnya, jika saiz ruang kecil dan sempit, siling plaster rata sangat sesuai.
 
4. Untuk memastikan siling plaster kekal lama dan berpanjangan, gantikan kemasan cat putih setiap 5 tahun sekali.
 
5. Untuk memasang penghawa dingin built in, pastikan terdapat lubang disediakan berdekatan dengannya untuk kerja-kerja penyelenggaraan kelak.
 
 
 
 
 
5 TIP PEMILIHAN JENIS LAMPU PADA SILING PLASTER

1. Gunakan lampu tumpu (downlight) yang sesuai. Ia didatangkan dengan bentuk bulat dan empat segi. Penggunaan lampu jenis pijar atau jenis halogen mampu menjimatkan tenaga.
 
2. Gunakan lampu kalimantang jenis T5 yang mampu bertahan lebih lama dan menghasilkan kesan yang tidak berkelip berbanding lampu kalimantang biasa.
 
3.   Elakkan daripada meletak lampu pada atas kipas bagi mengelakkan sumber cahaya menjadi bayang-bayang akibat bilah kipas.
 
4. Antara lampu yang boleh digunakan ialah termasuklah lampu chandelier dan juga lampu pada kipas.
 
5. Untuk menaikkan seri siling plaster anda, tidak perlulah berlebih-lebihan dalam pemilihan lampu. Cukuplah sekadar lampu downlight pada bahagian tepi siling plaster dan jika perlu, boleh menggunakan lampu seperti chandelier di bahagian tengah.
 
 
Selamat mencantikkan rumah anda!

 
 
Wassalam

Comments

Popular Posts