My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 11, 2013

Mengalir Air Mataku Mendengar Ceritanya !!!!!

Assalamualaikum
 
[copypaste-> credit: http://www.mariafirdaus.com.my ]

Hari Ahad yang lepas, saya ada di Kuala Lumpur. Menghadiri Program Magic Aura Shaklee di Kelab Sultan Sulaiman.


Di sebelah petang, di penghujung program ada perkongsian yang sangat hebat. Saya yang pada mulanya duduk di belakang. Tiba tiba terdiam mendengar perkongsian daripada seseorang.

Sebelum perkongsian di mulakan. Saya hairan mengapa pengerusi majlis hampir mengalirkan air mata semasa mahu menjemput adik ni untuk berucap. What is soo special about this young lady.

Suasana menjadi sebak seketika. Zahirah yang menjadi MC ketika itu tidak dapat meluahkan kata kata lagi. Terus diserahkan microphone kepada adik kecil molek ini..



Mula sahaja Ayu berkongsi. Seluruh dewan senyap sunyi seketika. Semua mendengar dengan khusyuk termasuk saya.

Ayu, berasal dari kawasan pedalaman di Sarawak. Berusia 24 tahun. Susah, peritan, air mata, tak cukup wang, menderita, dicemuh, diperli sentiasa menemani perjalanan hidup beliau. Beliau bukan orang senang. Beliau bukan orang susah.

Tetapi, kehidupan beliau SANGAT SUSAH.

Cuba anda bayangkan, beliau tinggal di kawasan pedalaman Sarawak, hanyalah seorang suri rumah. Tak tahu nak buat apa, tiba tiba buat bisnes Shaklee.

Allah Allah. Apa yang akan saya kongsikan merupakan sesuatu yang tak mampu kita semua lakukan.

Inilah yang dikatakan perjuangan. Perjuangan untuk mengubah kehidupan. Dari hidup susah, akhirnya berjaya hidup dengan lebih selesa.

Ini Kisah Beliau : Senior Coordinator Ayu

Ayu berasal dari sebuah kawasan pedalaman di Sarawak. Ayu berusia 24 tahun. Beliau bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Pelajaran pun setakat Tingkatan 5 sahaja. Beliau berhenti belajar bukan sebab tak pandai, tapi disebabkan jodohnya datang awal.

Selepas kahwin beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa mula mula kahwin, mereka hidup susah. Husband beliau pun pada waktu itu kerja biasa biasa sahaja. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas akhirnya suami Ayu diterima masuk untuk sambung belajar di UPSI bagi menjadi seorang guru.

Di kampung halaman, Ayu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Beliau mengandung. Ditakdirkan Allah, beliau mendapatkan produk Set Bersalin Shaklee daripada Kak Ira. Beliau kenal Kak Ira pun hanya melalui internet sahaja. Langsung tidak pernah berjumpa.

Di sinilah beliau mula membaca kisah Kak Ira yang menjalankan perniagaan Shaklee. Beliau menyatakan minat kepada Kak Ira untuk cuba buat bisnes Shaklee.

"Kak Ira, saya nak buat bisnes Shaklee la. Saya dah guna set bersalin dan menyusu, saya rasa sangat berkesan. Kalau saya nak jadi agen Shaklee macam akak, boleh tak?" Ayu bertanya kepada Kak Ira.

"Kalau nak join Shaklee boleh, pendaftaran berharga RM65. Atau Ayu boleh beli barang berharga RM650, nanti Ayu dapat free membership" Kak Ira membalas.
"Kak, saya tak ada duit sekarang ni. Macam mana saya nak buat bisnes Shaklee ni?" Ayu memaklumkan kepada Kak Ira dalam kesedihan.

Melihat keadaan ini, Kak Ira membantu untuk memudahkan Ayu menjalankan perniagaan Shaklee ini. Kak Ira minta Ayu mencari pelanggan produk Shaklee bernilai RM650 terlebih dahulu. Kemudian, Ayu akan mendapat free membership. Kiranya, Ayu akan memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Guna modal orang lain sahaja.

Di sinilah segalanya bermula. Ayu sangat susah pada waktu itu. Beliau tidak ada laptop sendiri. Di rumah, Ayu terpaksa berebut laptop dengan suaminya. Suaminya pula sibuk dengan tugasan dan asignment sebagai seorang guru.

Nak ditambah cerita, internet pun mereka tak ada di rumah. So, ada kalanya mereka 'tumpang-tumpang' wifi dari sekolah yang terletak bersebelah dengan rumah mereka.

Ayu mula menjalankan perniagaan Shaklee menggunakan Facebook.

Ayu terpaksa create account FB yang baru sebab beliau malu. Malu kepada ahli keluarga dan kawan kawan yang memandang rendah kepada beliau kerana tidak menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Beliau malu kalau saudara maranya tahu beliau dah buat bisnes.

Dari bawah beliau bermula. Tanpa mengenal erti jemu. Beliau memberikan segalanya untuk memperkembagnkan bisnesnya.

Ada kalanya, akibat wifi di sekolah di tutup, beliau terpaksa pergi ke cyber cafe di kampungnya. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. Anaknya yang masih kecil ditinggalkan kepada ibunya di rumah. Ayu ke CC sebab nak update status Facebook. Ayu ke CC sebab mengharapkan ada sorang dua customer yang PM nak order barang daripada beliau.

Jika ada rezeki hari itu, adalah. Jika tidak, Ayu perlu menunggu pada hari esok pula.

Semua ini terpaksa dilakukan bagi memulakan bisnes Shaklee. Allahuakbar. Sampai begitu sekali Ayu sanggup buat untuk mengubah kehidupan.

Pada Peringkat Awal Menjalankan Perniagan

Semasa memulakan bisnes Shaklee ini, Ayu tanya Kak Ira, "Kak, bulan ni Ayu nak bonus RM100 sahaja. Apa yang Ayu nak kena buat?"
Kak Ira berkongsi apa yang perlu dilakukan untuk nak dapat bonus RM100.

Pulun punya pulun, bulan pertama Ayu dapat bonus dari Shaklee sebanyak RM100. Kak Ira share dengan Ayu yang Kak Ira pada waktu tu dapat bonus RM1600. Mengalir air mata Ayu.

Seumur hidup Ayu, itulah kali pertama beliau merasai duit hasil titik peluhnya sendiri. Perjuangan selama sebulan tetapi hanya memperoleh RM100 cukup memberi erti yang besar kepada Ayu.

RM100 mungkin kelihatan kecil buat kita. Tapi amat besar nilainya buat orang susah seperti Ayu.

Duit bonus bulan pertama Ayu belanja suami dan emaknya.

Semasa beliau berkongsi, air mata beliau mengalir. Air mata saya pun berlinangan. Ayu sangat bersyukur pada waktu itu. Beliau bersyukur dengan RM100 yang Allah berikan itu.

Sebelum itu ibu Ayu selalu sindir Ayu di rumah, "Tu la, dulu mak suruh sambung belajar tak nak. Kan dah susah sekarang."

Keadaan bertambah parah bila Ayu duduk di rumah dan selalu pula berfacebook. Sebenarnya, emaknya tak faham melalui Facebook itulah Ayu buat bisnes Shaklee.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan kini sudah lebih setahun Ayu berjuang dalam bisnes Shaklee. Kehidupan beliau sekarang dah berubah.

Sekarang ibu Ayu sangat bangga dengan Ayu. Jika dulu bila orang tanya Ayu buat apa, ibu Ayu malu. Malu kerana Ayu hanya duduk di rumah sahaja.

Sekarang ibu Ayu dengan bangganya cakap, "Ayu sekarang duduk rumah saja. Tapi Ayu buat bisnes online."

Alhamdulillah, sekarang Ayu sudah memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Dah berbelas ribu Ayu dapat sebulan. Ya, inilah perjuangan dalam mengubah kehidupan.

Semuanya hanya melalui bisnes Shaklee secara online menggunakan Facebook sahaja.

Kisah Ayu sangat memberi motivasi dan inspirasi kepada saya. Dan memberi inspirasi kepada semua yang mendengarnya.

Ayu menasihatkan kami semua untuk banyak bersabar. Teruskan berusaha dan jangan berhenti. Susah macam mana pun, teruskan juga. Kesusahan yang orang lain hadapi tak sesusah kesusahan yang Ayu hadapi.

Insya Allah, Ayu sekarang dalam proses mencipta rekod dalam Shaklee sebagai Master Coordinator termuda. Insya Allah, pada usia muda sekarang, saya rasa Ayu tak jauh dari mencapai apa yang beliau impikan.

Pada waktu itu, insya Allah pendapatan beliau sekitar RM30k-RM50k sebulan.

Kami yang mendengar perkongsian Ayu semuanya tersentap. Apa lagi alasan yang hendak kami berikan. Kami semua mempunyai laptop sendiri. Di rumah ada internet. Di telefon ada internet. Semuanya dah tersedia.

Yang membezakan Ayu dan orang lain adalah semangat kental dalam diri Ayu yang tidak pernah berputus asa.

Saya rasa, kalimah penutup Ayu yang menyentapkan kami semua. "Kejayaan itu tak semestinya semata mata sebab ada sijil"

Yes, tersangat betul. semua orang boleh berjaya kalau kita memilih untuk berjaya. Kalau Ayu, seorang yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak mampu melakukannya, apa lagi alasan kami untuk tidak berjaya sepertinya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita bahawa, "Untuk berjaya, kita mesti rajin berusaha. Berikan 100% komitmen. Insya Allah, pasti berjaya."
Saya tidak mengenali Ayu in person. Sebelum pulang, saya berjumpa dengan beliau dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Mana mungkin saya tidak ucapkan tahniah kepada insan sehebat Ayu.

"Ayu, saya ucapkan tahniah kepada Ayu. Saya doakan agar Ayu berjaya dalam Shaklee. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat."
Itu doa yang ikhlas dari saya kepada beliau.

Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya mengubah kehidupan keluarganya. Saya benar benar mahu melihat beliau berjaya sebab saya mahu beliau buktikan kepada orang ramai bahawa nak berjaya tak semestinya mesti ada sijil.

Sama samalah kita doakan Allah mudahkan urusan beliau dalam perniagaan yang beliau jalankan. Tolong yer kawan kawan. Doakan kejayaan Ayu. Walaupun saya tak kenal beliau. Tapi saya suka kisah beliau. Dan saya berhajat sangat nak melihat beliau berjaya dalam perniagaan ini.

Mudah mudahan, segala impiannya akan tercapai. Dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.

=====================================================
 

Panjang story dia,tapi sangat memberi inspirasi kepada kita yang sedang berjuang dalam bisnes masing-masing. Semoga saya menjadi setabah dan dan lebih berjaya dari beliau dalam bisnes Shaklee ni. Ameen



Wassalam

1 comment:

Ziema said...

Sangat berinspirasi Ayu ni :)
Rasa tertampar kejap huhu..

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)