My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

Cara buat solid food baby

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entry yang dulu-dulu mengenai solid food? Kalau tak ingat cuba jenguk sini . Haa dah ingat dah? Gooood...So sekarang saya nak share cara-cara buat solid food Darwish pula.


* Cara 1
Blend beras lagi mudah...proses dia camni:

1. Basuh beras anggaran utk stok seminggu...
2. Keringkan beras tu samada guna a) cara jemur.tapi makan masa. atau b) cara gorengkan beras tanpa minyak sampai beras kering.biarkan beras sekejap utk sejukkan.
3. Blend beras tadi. guna blender kering.(jangan guna blender basah,rosak kang blender tu nanti)
4. Simpan dalam bekas kedap udara, pastu letak dalam peti sejuk bahagian bawah.

Bila nak masak, hanya masukkan lebih kurang 1 or 2 sudu utk sekali makan dalam periuk, then masukan air. Bila bubur dah hampir masak, masukkan kiub frozen puree (contoh: ayam, carrot, buahan), dan tunggu  sampai didih dan betul-betul masak.
- Anggaran 5min ke 10 min.
Atau boleh guna * Cara 2

1. Masak nasi macam biasa (untuk makan kita(dewasa) sekali)
2. Rebus carrot/kentang/kurma/bayam/apa saja yg boleh direbus.
3. Dah empuk & nasi dah masak. Campurkan bahan (1) dan (2) then blend sampai 
halus. Guna air rebusan carrot/kentan/kurma etc.


Kalau nak tukar vege dengan ikan pun boleh. Caranya:
Rebus ikan tanpa letak garam. Lepas tu amik isinya then blend dengan nasi tadi.


~~Saya lebih selesa guna Cara 1. Biasanya saya blend beras siap-siap pada time weekend (untuk stok seminggu). Cara 2 boleh guna, tapi bukannya setiap hari kita (dewasa) ni makan nasi kan. So agak susah jugak saya nk ikut Cara 2. But depends pada mommies sekalian, Tepuk dada tanya selera mana yang kita nak guna. Asalkan baby kita dapat makanan yang sihat dan daripada air tangan ibu sendiri.

Muka excited tiap kali nak makan

Orang makan lauk kenduri,dia pun sibuk nak makan.Nasib baik bawa bekal makanan

Makan mesti comot. Tak comot tak sah

Kat dalam bilik pun dia nak makan jugak.Nasib baik ayah ada.Hihi



Kalau ada sebarang pertanyaan, do contact me. Anytime, Anywhere. Hihi.

 Wassalam

No comments:

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)