My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 6, 2012

Berkenalan dengan makanan pejal (solid food)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Darwish Irfan kami telah berusia 6 bulan lebih. Bila dah masuk 6 bulan, doktor nasihat dah boleh makanan pejal. Yeayyy..Mama boleh main masak-masak untuk Darwish makan pulak. Sedikit info berkenaan makanan pejal :

1- Bila nak perkenalkan makanan pejal kepada bayi saya? 
“Current recommendations indicate that breast milk or formula should be baby’s main source of nutrition until at least 6 months of age”. Pakar menyarankan umur bayi 6 bulan sudah boleh diberi makanan pejal.  Ini adalah untuk mengurangkan risiko alahan, masalah penghadaman dan obesiti. So 6 bulan tu sudah ngam-ngam hoi untuk bayi makan.

2. Macam mana nak tahu bayi saya sudah bersedia terima makanan pejal?

- Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan.
- Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
- Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
- Baby dah pandai mengawal lidah mereka. 
- Cepat lapar. 

Setelah di checklistkan, Darwish dah cukup semua item-item di atas. Jadi,mulalah pengembaraan saya dengan mr. Google mencari resepi makanan pejal. Fuhh macam-macam gaya, macam-macam cara. Akhirnya saya ambil cara yang paling sesuai untuk emak yang bekerja macam saya ni. Resepinya saya akan kongsi pada next entry ye ibuk-ibuk sekalian. Nantiiiikan ( Haha.tiba-tiba terkeluar bahasa Indonesia pulak)

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)