My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 4, 2015

Persediaan Bersalin di Hospital Kerajaan

Salam sayang uolls,
Disebabkan dah ada pengalaman, saya nak share mengenai barang-barang ibu dan baby yang perlu di bawa ke hospital sebagai persediaan bersalin. Tapi ni untuk yang hospital kerajaan lah ye, untuk swasta mungkin berbeza kelengkapan yang perlu di bawa.

Barang ibu

1- Maternity pad/heavy flow

Kebanyakan komen yang saya dapat dari ibu yang berpantang, maternity pad yang jenis bertali tu tak berapa selesa. So another alternative adalah ibu boleh guna pad yang biasa digunakan ketika period. Tapi cari yang heavy flow punya.

2- Nursing bra & nursing pad - 3 helai
Kebiasaannya ibu yang lepas bersalin sudah mengeluarkan susu ibu. So boleh jadi sampai basah baju sebab susu terlalu banyak. Untuk keselamatan, pakai siap-siap nursing pad. Boleh guna yang disposable atau yang boleh cuci guna semula tu.

3- Panties - 5 pcs
Kalau nak senang beli panties yang pakai buang tu. Boleh beli kat farmasi (Giant, Watson)

4- Makanan & minuman (susu/milo dalam sachet, kurma, air masak)
Untuk beri tenaga time nak meneran nanti

5- Sweater - 1 helai
Untuk elak ibu sejuk dan badan masuk angin lepas bersalin

6- Selipar
Hospital kerjaaan ni bukan hotel ye siap bagi selipas dalam bilik.Hihi..So kenalah bawa selipar sendiri. Kalau tak, berkaki ayam la jawabnya

7- Tuala
Sila bawa tuala sendiri ye. Alasan sama seperti di atas.

8- Toiletteries (Ubat gigi,berus gigi,sabun mandi)
Ye alasan masih sama seperti di atas

9- Kain batik + tshirt + tudung
Pakaian bila dah discaj dari hospital nanti. Masa di hospital, kita akan pakai uniform hospital warna pink tu. So tak perlu bawa baju berhelai2.

10- Stokin tebal - 2 pasang
Untuk elak kaki masuk angin lepas bersalin

11- Bengkung strap
Saya tak bawa pun ni. Sebab tak sempat nak beli..Mihmih..
 
12- Hp & charger
Ni wajib. sebab lepas bersalin boleh sambung buat online bisnes. Dunia dihujung jari saje maa. Sambil baring pun boleh berbisnes ok. Nak tahu saya bisnes apa. Klik sini

13- Buku merah
Supaya senang doktor nak tahu mengenai perkemabangan kita dan baby dalam perut

14- Minyak urut, panadol
Biasanya lepas bersalin banyak darah keluar, so potensi pening2 lalat tu kemungkinan akan ada. 
 
15- Plastik untuk letak baju kotor
NI sangat perlu. Sebab baju kita kadang-kadang terkena darah. Tak sempat nak cuci kat hospital, kenalah bungkus bawa balik. 
 
16- Botol susu untuk pam susu ( incase baby kena tahan wad berasingan)
Ni alhamdulillah saya dan baby dapat duduk wad yang sama. So direct feeding je lah kita.

17- Vitamin berpantang - letak siap2 dlm travel pillbox
Saya bawa Vitalea untuk tambah darah, VItamin C untuk boost imun sistem. Semua produk Shaklee ye. Sebab dijamin halal dan tiada bahan kimia. Best2.
 
18- Telekung & sejadah
Ni untuk kegunaan sebelum bersalin. Mungkin ada ibu-ibu yang kena warded awal sebab dah lebih hari atau ada masalah kesihatan. 
 
19- Termos atau bekas air

20- Tupperware untuk letak makanan hospital yang x sempat makan

21- GL 
Untuk pekerja kerajaan/ semi kerajaan

22- Termometer
Mudah nak cek suhu baby tengah2 malam. Tak perlu susah2 nak panggil nurse


Barang baby

1- Diaper 14 pcs
2- Barut 4 pcs
3- Baju & seluar - 2psg yang lengan panjang, 2pasang yang lengan pendek
4- Mitten + Booties - 4 pcs
5- Napkin untuk bedung - 4 pcs
6- Blanket
7- Tuala mandi- 2pcs
8- mandian bayi, bedak
9- Sapu tangan - 4 pcs
10- Topi - 1 pcs
11- Minyak yuyi/afiat untuk elak kembung perut
12- Baby wipes


Semoga entri ni membantu dan memudahkan urusan bakal ibu :)

1 comment:

Anonymous said...

Thank you sharing..Saya nak pergi beli siap2 sebelum gst 😂

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)