10 Apps yang akan menceriakan telefon pintar android anda

Assalamualaikum
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Baru-baru ini saya dengar berita yang pengguna telefon pintar android di Malaysia telah berjaya mengalahkan pengguna symbian. Betul ke? Nampaknya android sekarang sudah semakin digemari.
 
Baiklah berbalik pada tajuk diatas, jadi dalam entri ni saya nak kongsikan dengan anda 10 apps yang akan menceriakan telefon pintar android anda. Ceria atau tak jom kita tengok satu persatu.

 

 

1. Facebook for Android

Saya rasakan seperti sia-sia saja anda beli telefon android ni kalau tak pasang apps ni.hehe gurau je. Sebabnya siapa yang baca post ini sekarang takde Facebook angkat tangan. haa nampak semua tak angkat tangan. Maksudnya semua ada Facebook la kan. Jadi muat turun dan pasang lah Apps ni. Antara fungsi yang disediakan oleh FFA ni adalah
* Membolehkan anda muat naik gambar, update status dan lain-lain (tapi rasanya tak boleh nak tukar DP kot)
*Membolehkan anda synchronize contact anda dengan contact member anda kat Facebook, jadi foto contact nombor member anda kat telefon akan diletak dengan DP mereka kat Facebook.
*Menghantar notifikasi secara real time
Berminat? jadi pasanglah apps ini pada telefon anda. Muat turun melalui link dibawah
atau scan barkod dibawah melalui telefon bimbit anda.
 

 

 

2. Twitter

Tidak dinafikan Twitter pun antara laman sosial yang popular ketika ini mungkin selepas Facebook kot. Saya selalu nampak tweet rakan twitter saya susah nak berhenti bila dah bukak twitter ni, syok sangat kata depa twitter ni..hehe.
Tidak hairanlah apps ni perlu ada bagi pengguna telefon pintar seperti anda. Kata masih bujang kan, tak kan la takde twitter kot. haha.
Antara fungsinya adalah menghantar notifikasi tweet yang menyebut nama anda, mesej serta membolehkan anda untuk menghantar tweet dan mesej.
p/s: eehh jangan lupa lak follow saya ye kat twitter.
Meh kita muat turun kat sini,
 

 

 

3. Facebook Messenger

Haa satu lagi apps yang ada nama Facebook so kena ada la jugak..hee. Facebook messenger memudahkan anda menghantar mesej dengan rakan Facebook anda. Tapi selain itu icon pada chat anda akan berubah berbentuk telefon bimbit setelah memasang apps ini. Nampak cool kan. Boleh baca post saya sebelum ni kalau nak tau lebih lanjut tentang FM ni.
Untuk muat turun seperti biasa, ikuti ‘pautan‘ dibawah
 

 

 

4. Whatsapp Messenger

Amboihh messenger lagi… haha. Apa beza dengan messenger kat atas tadi? biar saya jawab ye. Facebook messenger ni lebih kuno sikit rasanya. Mana tak nye yang boleh hantar hitam putih je tak de color emoticon. Whatsapp menyediakan yang lebih baik untuk berhubung antara pengguna telefon pintar berbanding FM.
Grafik emotion icon yang disediakan kat whatsapp memang pelbagai dan menarik so senanglah anda nak luahkan emosi anda dengan gambar. Tak macam kat messenger jenuh aku pikir camne nak wat muka geram n senyum nampak gigi (heee). haha.
Banyak lagi lah yang menarik kat whatsapp ni jadi cuba dulu.
Whatsapp tak menggunakan pin ataupun login tetapi menggunakan nombor telefon anda sebagai ID . Bila anda install dan sahkan nombor telefon anda semua senarai rakan anda yang mempunyai whatsapp automatik akan terpapar pada whatsapp contact.
Tapi kelemahan whatsapp ni ia bukan free tau. Setahun pertama saje free. tahun kedua dan seterusnya dikenakan charge usd 1.99 setahun (+- RM 6 )
so boleh cuba dulu setahun kalau OK sambung la kalau tak uninstall lepas trial period tamat. atau Mungkin boleh Hack kot.haha.
k cuba dulu ye. kat bawah cek bagi link dia.
 

 

 

5. Antivirus

aduh baru ke lima ke, aku dah penat ni menulis. Okay tumpukan perhatian. Antivirus memang adalah komponen yang sangat penting bagi mana-mana telefon pintar mahupun komputer.
Anda mungkin meletakkan telefon pintar anda pada hujung tanduk seandainya tidak memasang antivirus. ecehh. Okay gurau je. Setakat ni saya pernah cuba 3 antivirus sahaja tapi kat sini saya letak lebih sikit. mana nak larat kan nak try semua tapi saya amat berpuas hati menggunakan Kasperky Mobile Security selain interface bagus nampak bergaya pulak bila orang tengok fon aku mesti diorang cakap wahh kau guna kaspersky lah smart lah. haha.. sebab bila pasang kaspersky ni ada muncul lambang dia kat bahagian notifikasi .
Okay pandai-pandai lah anda pilih antivirus yang mana
–NetQin–
yang ini saya paling rekemen la untuk yang free sebab menawarkan fungsi yang baikk punya. Tapi saya tak pernah try lagi sekarang ni tengah cuba bit defender. Ikut turn pasni baru NetQin kot.
–Kaspersky Mobile Security–
UI memang cun la dengan fungsi remote lock . Tapi kelemahan ia trial untuk 7 hari sahaja. Kalau berminat boleh beli activation code
–Antivirus Free (AVG Mobilation)–
Agak OK jugak la tetapi UI dia agak simple so mungkin lebih sesuai untuk orang yang inginkan pengurusan yang simple. Yang ni merupakan antivirus pertama yang saya pasang pada telefon android saya. :D
–Antivirus Free–
Nampak UI antivirus ini macam tak menarik..haha.hey. jangan pandang luaran aje. Orang tua-tua kata jangan pandang sebelah mata.
Memang UI agak biasa tetapi kelebihan antivirus ini ia sangat ringan (saiz kecil hanya 403 KB) dan hanya menggunakan lebih kurang 0.1% batteri . Sistem deteksi virus nya boleh dikatakan excellent.
Sangat sesuai bagi mereka yang berjimat cermat bateri ;D
–Webroot security & antivirus–
First sekali nak habaq dia punya fungsi memang kawww. Walaupun ada dua jenis pakej yang anda boleh pilih free atau premium tapi yang free pun dah macam yang berbayar bagi antivirus yang lain.
walaubagaimanapun UI nya agak low sikit berbanding dengan McAfee dan kaspersky.
Apa pun keselamatan ataupun kecantikan. Mana anda mau, pilihlah.. hehe..
 
 

6. mySolat (muslim apps)

Satu applikasi yang sangat bagus, membantu mengingatkan waktu solat serta panduan masuk waktu dari imsak, subuh, syuruk, zohor, asar, maghrib, dan Isyak . Semua berdasarkan waktu dari jakim.gov.my
Selain itu ia menyediakan notifikasi azan, widget serta kompas arah kiblat

 

 

7. Barcode Scanner

Rasanya saya patut letak yang ni nombor satu, hehe.. kesian korang kalo yang masih takde scanner penat taip satu-satu url kat atas.
Seperti kat kat atas-atas, kalau anda tidak memasang barcode scanner memang tak hiduplah telefon android anda. Mana taknya antara kelebihan utama memiliki telefon pintar ini pastinya adalah kebolehan bermain-main dengan barcode ni.
teringat masa saya mula-mula dapat telefon pintar ni tak lepas telefon saya cuba satu-satu barcode. seronok rasanya.haha.
Dengan barcode scanner ni anda boleh scan 1D barcode dan 2D. 1D yang jalur-jalur tu, 2D macam barcode yang saya paparkan untuk link muat turun.
Ada dua barcode scanner yang saya recommend tapi rasanya yang first OK sikit untuk mode scanning.
–Barcode Scanner–
–QR Droid–

 

 

8. Mobo Player

Bagi pengguna tablet ataupun telefon yang bersaiz besar pastinya Mobo Player akan memberi kepuasan bagi anda. Jangan rasa pelik pulak namanya, Mobo player ini sebenarnya Video serta audio player.
Tak kisah apa saje format audio atau video tu semua apps ni boleh baca (mungkin perlukan pemasangan codec). Selain tu ia menyokong subtitle tu la yang paling best. hehe. Boleh tengok movie guna player ni.
jangan bertangguh lagi muat turun sekarang.

 

 

9. Easy Tube

Saya percaya apabila anda menonton sesetengah video kat youtube anda pastinya teringin nak download sekali. Boring la kan tengok aje especially video best tak kan setiap kali nak tengok kena sambung ke internet abih la limit broadband aku nanti..hehe..
Okay sebenarnya youtube tidak membenarkan orang muat turun video kalau tidak dah lama depa letak button download kat situ.. :D so apps yang dibangunkan untuk download youtube akan dibuang dari android market atas melanggar policy market. Youtube ngan market kan google punya.
Jadi secara ringkasnya link untuk download apps ini bukan dari market sebaliknya link dari luar. Anda perlu download dan save sebelum klik kat file APK yang muat turun tu tandakan dulu kat sini Settings > Applications > Unknown sources.
Pada mulanya saya menggunakan Easy Tube, boleh dikatakan OK juga la tapi sekarang saya dalam percubaan menggunakan TubeMate.

 

 

10. Shazam

fuhh akhirnya yang ke sepuluh pun. Sebenarnya ada berpuluh-puluh lagi yang saya nak share tapi apakan daya sampai ke 10 pun dah tak larat nak tulis + mengantuk (jam kol 2.30 pagi).. haha. Nanti post2 akan datang saya samabung lagi.
Nama apps ni macam nama orang kan. Kalau tengok kat market memang tak kan download punya kalau tak tau fungsi dia. Tapi kalau tau confirm download punya.
Shazam merupakan apps yang sangat cool dan masa first time saya cuba berjam-jam gak seronok explore apps ni. Apa fungsi apps ni sampai begitu teruja.
Apps ni membolehkan anda mengetahui tajuk lagu yang anda dengar dengan mengimbas lagu tersebut pada shazam. Setakat ni lagu yang saya tapi tak kenal lagu upin ngan ipin je.hehe…
Okay selamat mencuba
 
credit: mahadirlab
 
Wassalam

Comments

Popular Posts