Susu ibu banyak! Rahsianya?

Assalamualaikum




Darwish sudah berumur 1 tahun 6 bulan....Diam tak diam dah nak dekat 2 tahun umur si budak bijak tu. Dan alhamdulillah, saya masih lagi mampu menyusukan Darwish dengan susu ibu walaupun saya sibuk bekerja. Syukur sangat dengan anugerah Allah kerana memberi rezeki susu ibu kepada anak saya. Dan apakah rahsianya? Psstt...Meh dekat sikit saya nak habaq ni.
Ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlulah mengumpul stok susu seawal yang mungkin.Dalam masa berpantang tulah peluang dan masa yang sangat banyak untuk kumpul stok. Susu pun banyak mencurah-curah lagi time tu. Berikut beberapa tip mengumpul stok SUSU BANYAK khas untuk ibu berkerjaya.

  • Minda - set minda anda untuk menyusukan bayi sejak mengandung lagi, dan banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan
  • Pam awal-  mengepam susu seawal minggu pertama atau kedua berpantang
  • Demand vs Supply - Selagi ada demand dari bayi anda, selagi itulah susu akan dihasilkan. Jadi, rajin-rajinkan menyusu bayi anda dan bangunkan jika bayi tidur terlalu lama. Kosongkan payudara sekerap yang mungkin. Amalkan pam setiap 2 jam sekali maksimum 3 jam sekali.
  • Tandem Nursing - Lakukan tanderm nursing, di mana bayi anda menyusu pada payudara sebelah kanan dan anda pam payudara sebelah kiri. Untuk teknik ini, sebaiknya anda menggunakan pam elektrik jika pam manual agak sukar juga.
  • Power Pumping- Tips yang sangat berkesan,tetapi ramai ibu yang malas lakukan ialah TEKNIK POWER PUMPING Jika stok anda sangat sedikit, lakukan teknik ini dan hasilnya pasti tak akan mengecewakan anda.
  • Imaginasi - Ketika mengepam susu, cuba bayangkan bayi anda sedang menyusu. Ini bertujuan untuk menigkatkan pengeluaran hormon yang membantu pengeluaran susu ibu.
  • Urutan- Urut bahagian bahu sehingga ke puting payudara dengan mengarah ke bawah. Ini bertujuan untuk merungkaikan urat-urat yang bertindih atau tersimpul jika ada. Hasil urutan akan memudahkan payudara anda untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.
  • Tenang- Mengepam dalam keadaan tenang dan relaks akan merangsang hormon untuk mengeluarkan lebih banyak susu. So, music please :)
  • Jenis pam - Pam perlu dipilih dengan teliti dan sesuai dengan tubuh anda. Saya sampai bertukar pam untuk dapatkan keselesaan ketika mengepam. Jangan terlalu berkira untuk invest membeli pam yang mahal sedikit, kerana hasilnya sangat mahal berbanding harga pam tersebut.
  • Air kosong- Jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari keran susu ibu terdiri daripada 80% air. Jika badan ibu itu sendiri kekurangan air bagaiman nak proses susu yang cukup, betul tak? Selain itu air sangat penting untuk membantu badan ibu berfugsi dengan baik.
  • Makanan tambahan - Ambil makanan yang berupaya menambah susu ibu seperti kurma,sayur sawi, lobak putih dan sebagainya. Jika mampu ambillah SUPLEMEN PENYUSUAN,semestinya banyak membantu.
  • Doa - Doa seorang ibu adalah mustajab mintalah pada Tuhan agar dimurahkan rezeki anak agar dapat menyusu susu ibu selama 2 tahun atau lebih. Yakin dan ikhlaskan hati anda dalam usaha memberikan susu ibu ini. Keihklasan akan memudahkan urusan anda.
Kami menyediakan 3 jenis Set Ibu Menyusu yang berbeza mengikut keperluan ibu.
SET B- Ibu Menyusu
(KLIK SINI)
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee yang semulajadi dan selamat ini, saya adalah wakil pengedar Shaklee yang sah. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di:
Azie Suhaimi- ID 894147
PM/whatsapp - 0123872690
Emel- innerbeauty2u@gmail.com
Wassalam

Comments

Popular Posts