My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

Solat itu tiang agama

Assalamualaikum
 
Apa khabar?  Harap semua sihat-sihat selalu. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog kecil saya ni. Lately saya ada baca beberapa blog agama dan kuliah.  Jadi saya sekadar nak share apa yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya. Kalau ada yang silap, tolonglah tegur-tegurkan ye.
 

Abdullah ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w bersabda,
 
 "Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya; mendirikan salat; membayarkan zakat; mengerjakan Haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
 
 
Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan, yakni satu tiang pada tiap satu pnjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana mana satu dari tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rusak itu.
Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi sesorang islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat -dalam ajaran agama Islam - mengambil tenpat di sisi Iman.
Kata Abdullah-ibn-Mas'ud,
 
 "Ada sekali kutanya pada Rasulullah s.a.w. 'amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah s.w.t.?
" Jawab Baginda s.a.w., "Solat." Kemudian kutanya, "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Jawab Baginda s.a.w, "Menghormati kedua orang ibubapa." Kutanya lagi, "Selepasnya apa lagi?". Jawab Baginda s.a.w.. "Jihad."
 
 
Bila kita membicarakan tentang solat dalam kehidupan islam, solat merupakan ibu bagi segala ibadah malah ulama2 ada mengatakan solat itu kunci bagi semua ibadat-ibadat yang lain, tanpa solat maka ibadat lain seperti Puasa kita, Zakat kita, Haji kita tidak diterima Allah.Sempurna solat kita baru ibadat-ibadat lain diterima.
 
Banyak hadis-hadis lain yang membezakan antara muslim dan kafir yang bermaksud,


"Yang membezakan antara seorang muslim, seorang islam, seorang kafir adalah meninggalkan solat."


 
 
 
Ulama mengatakan kata Kafir ada dua:

1) Kafir fasik - Yakni kafir dalam islam, masuk islam tetapi fasik. Dia selalu meninggalkan solat.
2) Kafir funcur - kafir yang tak menerima islam.

Kesimpulannya orang yang solat itu orang islam sebenarnya dan tak solat org yg kafir fasik.
 
Jadi, anda nak jadi apa? Kafir fasik? kafir funcur? atau Islam sejati?

Dan renungkanlah perbandingan ini:  Jika Islam itu diumpamakan seperti sebuah rumah; syahadah itu tapaknya, solat menjadi tiangnya dan puasa, zakat serta haji membentuk dinding, pintu dan tingkapnya. Tanpa tiang apalah gunanya dinding, pintu dan tingkap. Tanpa tiang juga, tapak yang tinggal hanya sia-sia.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
 
 
 

By: UDI - Full " Ustaz Darwish Irfan"

No comments:

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)