IKLAN BANANANA TV3

Assalamualaikum

Bananana!!..Dengar je lagu tu, terus si kecik Darwish ni pusing kepala tengok TV.. Tak kiralah dia tengah buat apa time tu..Tengah makan ke, tengah main toys ke, tengah bertatih ke..Confirm akan dipalingnya kepala ke arah tv..Mata bulat tengok tv, tak lepas-lepas..Tangan, badan, bontot dia, dok berjoget ikut lagu tu...Habis je iklan bananana tu, terus sambung aktiviti dia yang tergendala sebentar tadi...


 
 
 




Haa untuk siapa yang tak pernah dengar mengenai Bananana tu, meh saya explain sikit..Ala-ala promoter TV3 pulak kan..

"Jenama dikenali sebagai Bananana! ini dicetuskan bagi menyatukan semua rancangan kanak-kanak di stesen TV milik Media Prima (TV3, ntv7, 8TV, TV9) dan Tonton, portal video premier di Malaysia . Program yang disiarkan nanti bercampur antara tempatan dan luar. Selain daripada program antarabangsa seperti Ben 10 dan Doraemon, kami ada program tempatan seperti Upin & Ipin dan Boboiboy! yang akan mendapat tempat di pasaran rantau Asia dan juga di seluruh dunia". (sumber: myMetro).

So siapa yang suka tengok kartun, sangatlah sesuai dengan Bananana ni ye adik-adik. Kartun tu kartun juga, tapi kerja rumah jangan lupa buat pulak ye..Jangan jadi macam saya masa kecik2 dulu..Hihi...



Haa nilah dia rupa Banananaa tu..Macam rupa pisang kan..Yolahh, dah nama pun banana = pisang..

Oklah, nak layan si Darwish ni berjoget..Bubyee..


Wassalam

Comments

  1. hahahahaha.... nk tgk a.j joget2 jgak!!! huhuhu.. rindunye kat die

    ReplyDelete
  2. memang budak kecil terkesan btol dgn iklan bananana tu kan, samalah macam anak saya.
    sekarang ni segala jenis iklan pula dia nak tengok, marah kalau kita lalu depan dia...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts