My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 1, 2013

Petua Halau Semut

Assalamualaikum
 
 
Fuhh..Sejak akhir-akhir ni, kehadiran semut di rumah ni sangatlah menyakitkan hati..Ada ke patut air kosong dalam cawan, saya tinggalkan sekejap dalam 10 minit macam tu, tengok-tengok ada 3 hingga 4 ekor semut dah berenang kuak lentang dalam cawan tu..Hampagass punye semut..Terus tak lalu nak minum air tu..Air kosong kot..Bukannya ada gula pun..
 
 
 
Berkonvoi nak pi mandi kolam lah tu..
 
 
                                     Wahhhh seronok u olls berenang kuak katak dalam tu ye

 
 
Bukan tu saje, air dalam bekas air yang besar tu pun dia dah jadikan swimming pool kaum kerabat dia..Lauk-pauk atas meja pun dikerumunnya nak buat lunch diorang..Hati dah panas..So terus google cara nak halau semut..Haa amik kau..Harap-harap menjadi la petua ni..Meh saya nak share untuk kengkawan semua ye..Sharing is caring kann..Caranya.
 
 
 1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


3) Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula atau di kaki meja atau perabot. Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.


4) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

 
 
Selamat mencuba..Kalau ada petua lain, bolehlah share di komen bawah ni ye..
 
Mekasih.

 

1 comment:

Anonymous said...

sapu minyak panas,bila tdo dengan semut sure semut xhurung..

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)