Pengalaman minum air gula ketika mengandung

salam,

Masa check up 35weeks mengandung di klinik, berat saya naik lebih dari yang sepatutnya...padahal lebih sikit je..naik lebih kurang 0.8kg camtu...takdela teruk sangat kan..hihi.

tapi hanya disebabkan itu saya diminta oleh nurse untuk check kencing manis..ingatkan dapat lepaskan diri dari minum air gula yang super manis tu ( yela dah 35weeks kan), rupanya tidak... 

Prosidur untuk check kencing manis:
1) kena puasa pada malamnya sebelum datang ke klinik.

2)pada hari esoknya gi klinik , terus ke kaunter dan bagitau nak cek kencing manis. terus nurse suruh masuk bilik khas untuk minum air gula. tapi kena ikut nombor giliran la ye.

3) tiba giliran pada jam 9 pagi disuruh minum air gula suam..tiada apa2 perisa tambahan..hanya air gula semata..saya minum sikit2 sebab dia likat dan macam sangkut di tekak..tapi pikirkan masa memumggu nanti lagi lama, terus saya minum dalam 3 teguk then setel. terus ke sinki untuk berkumur sebab kita x dibenarkan minum atau makan selepas minum air gula.
**jika muntah kena minum semula 1 cawan besar air gula. so pandai2lah kawal perut tu agar x muntah ye.

4) kena tunggu 1 jam diluar bilik. selepas 1 jam dan tidak muntah, nurse akan ambil darah dan keputusan kencing manis akan diberitau dalam masa seminggu.

alhamdulillah keputusannya saya tiada kencing manis..so boleh lagi makan sedap2 tanpa rasa bersalah.hihi.

begitulah alkisahnya

Comments

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts