Darwish Irfan sudah 2 tahun maa
Assalamualaikum
Ekceli semalam hari lahir Darwish yang ke 2 tahun..tanggal 09/03/2014. Tapi baru harini sempat update..semalam hari penat sekeluarga. Rasa macam kita baru je celebrate birthday Darwish yang
pertama. Cepatnya masa berlalu. Daripada seorang bayi kecil yang hanya pandai
menangis, kemudian dah pandai bergolek-golek, kemudian pandai meniarap, dan
terus pandai berjalan. Kemudian baru merangkak. Terbalik ek..Hihi. Sekarang dah besar panjang, dah
pandai bercakap, berceloteh, pandai membaca ABC dan terbaru pandai baca nombor.
Alhamdulilah dengan permata yang dikurniakan olehMu Ya Allah. Sangat berharga
buat kami sekeluarga.
Darwish, seorang permata yang sangat comel. Sangat peramah
dan suka berkawan. Pandai ambil hati Mama dan Ayah bila kami merajuk. Dan lepas tu dia pulak yang merajuk. Hihi
Semasa mengandungkan Darwish, ketika usia kandungan 6 bulan,
Mama 'bleeding' dengan sangat banyak. Jam 3 pagi ketika itu. Mama masih ingat
lagi detik cemas tu. Tilam basah dengan darah. Terus ke tandas. Dan keluar
seketul darah seperti hati lembu. Mama terus menangis sebab takut kehilanganmu
sayang. Mama menangis terketar-ketar dan
kejutkan Ayah untuk bersiap ke hospital. Perlahan-lahan menuju ke kereta
dan Mama terus baring di seat belakang. Dengan harapan darah tidak mengalir
lagi dan Darwish selamat di dalam perut Mama.
Bermulalah kehidupan Mama dan Darwish di hospital selama 2
bulan, sehinggalah Darwish dilahirkan melalui pembedahan. Banyak suka duka
ketika Mama dan Darwish di hospital. Akan Mama ceritakan lagi di kemudian hari.
Namun Mama dan Ayah bersyukur sangat-sangat kerana kini Darwish telah membesar
dengan sebegini sihat, aktif dan bijak. Tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.
Setiap hari Mama kagum dengan kebijaksanaan Darwish.
Handphone Mama dan Ayah dah jadi hakmilik Darwish. Habis di 'explore'nya.
Sampai beberapa kali telefon Mama jatuh ke lantai, tapi masih hidup lagi.
Panjang umur telefon tu. Darwish dah mula pandai nak mandi sendiri, pandai
ambil pampers dan baju sendiri selepas mandi, pandai ambil kasut dalam almari
bila nak pergi jalan-jalan, sebut perkataan2 baru, imitate bunyi haiwan, pandai
menyanyi sambil buat gaya menari, dan
banyak lagi benda baru yang Darwish buat pada setiap hari. Sebab tu setiap
hari Mama tak sabar nak balik rumah
cepat2 sebab nak tengok celoteh dan keletah Darwish.
Darwish membesar dengan sangat cepat. Dalam masa 2 tahun,
daripada sekecil-kecil bayi seberat 2.3 kg kepada budak kecik yang beratnya
13kg. Sebab tu Mama suka ambil gambar Darwsih setiap masa, sebab Mama tak nak
lupakan setiap peringkat Darwish membesar.
“ I never want to forget the way
your eyes sparkle when you’re happy, your mischievous smile, your happy
dancing, those precious precious warm cuddles”.
Mama dan Ayah tak sabar nak
lalui hari-hari, bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya dengan Darwish. Darwish, banyak lagi benda Mama
nak tulis, banyak lagi perasaan Mama nak luahkan, tapi yang paling penting , 2
tahun dan 7 bulan yang Darwish berikan adalah hadiah terhebat untuk Mama dan
Ayah.
“You made our lives complete”.
Happy Birthday Darwish Irfan
Wassalam
Comments
Post a Comment
Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)