My Chingu..Kamsamida pada yg sudi follow. I will follow back :)

Our Annivesary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 6, 2014

terung berlada vs sardin

Assalamualaikum 

Balik kerja sampai rumah dah nk pukul 7 malam.. bergegas ambil Darwish di rumah pengasuh..leka dia tengok upin ipin kat tv9 smpai mama sampai pn dia x sedar...kalau x riuh suara dia tak sabar nak balik rumah.

Sampai je rumah buka tv..bagi darwish leka sementara sy nk bersiap untuk solat..tapi last3 sy yang leka layan 'Ariana Rose'  di tv3...hamek ko..sampai maghrib pn hampir terlajak..ni mesti setan dah bisik2 kat telinga ni...insaflah azie oii..

Lepas setel mandi, solat maghrib,  layan watsap anak2 shaklee dan customers..lepastu bersiap utk berperang di dapur..menu berdasarkan mood..kalau rajin masak special skit..kalau malas suh husband tapau kedai je..hihi.

Malam ni 1st time try masak terung berlada..sebab encik suami suka order ni bila makan kat restoran 'Pecal Lele Lina'  seksyen 13 shah alam. So melalui pembelajaran daripada makcik Google,  saya hentam sajalah labu...asalkan ada rasa ala-ala tu okla tu..rupa pun hampir sama..dah nama pun terung..mestilah ada rupa terung..takkan masak2 keluar rupa petai pulak. Menu kedua masak telur goreng sambal...simple je. Asalkan menu yg husband suka.




Lepas je setel  masak..pusing je tengok kat ruang tamu,  si Darwish pun sibuk masak juga..masak sardin berdapurkan kotak balang kuih raya..patutla nampak kelibat budak kecik buka pintu kabinet dapur..memunggah tin sardin rupanya dia...layankan jelah..asalkan x kaco mama masak ye sayang..I love u :)



Jom masak bersama Darwish



 Wassalam

No comments:

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)