Darwish paling suka.....
Assalamualaikum
Alhamdulillah, umur saya masih lagi dipanjangkan untuk menikmati rahmat bulan ramadhan yang mulia ini. Especially, pertama kali berpuasa dengan Darwish di sisi, dan kali ke-2 bersama suami tersayang. Alhamdulillah juga puasa tahun ni saya berkesempatan masak berbuka untuk suami. Mana taknye, puasa tahun lepas nak puasa pun tak larat, inikan pulak nak masak. Huhu. Beli kedai jela puasa tahun lepas. Tahun ni pun beli kedai jugak, tapi bukan setiap hari. Weekend insyallah saya cuba terpaksa rajinkan diri untuk ke dapur berperang dengan kuali dan senduk.Hihi
Tapi ada seorang budak kecik tu tau,dia tak puasa... Nama dia Darwish. Hihi. Aktiviti yang paling Darwish suka adalah masa waktu berbuka. Bila dah time nak maghrib tu, saya akan letak Darwish siap-siap dalam bouncer dia dan mengadapkan dia ke arah kami di meja makan. Ini untuk memudahkan saya dan suami untuk berbuka tanpa gangguan. (Yela dah puasa seharian,laporr, mestilah nak makan tanpa gangguan kan.Hihi). Disebabkan Darwish masih lagi menyusu, dia sangat excited bila tengok kami makan. Mata bukan main bulat lagi tengok setiap kali saya suap makanan dalam mulut. Sambil mulut dia terkumat-kumat macam nak mengunyah. (Crius saya rasa sangat bersalah tiap kali Darwish buat mulut camtu, rasa nak pegi je suap nasi lauk sambal ayam tu kat dia). Tapi apakan daya sayang, masamu belum tiba lagi untuk merasai nikmat lauk pauk. Buat masa ni, susu ibu adalah yang terbaik untuk Darwish ye.
Masa sedap-sedap mengunyah sambil berborak dengan suami ( X elok makan sambil bercakap kan.Huhu), tiba-tiba kami dengar bunyi ' Cup..cup..cup..' . Tolehla kat si Darwish. Tengok-tengok,ibu jari dia dah masuk dalam mulut. Aduhai, siannya anak mama ni, tak dapat nasi, jari pun boleh la ye..
Darwish juga suka hisap jari bila dia tengah tengok tv, jalan-jalan
dalam kereta,masa tengah mandi blablabla... Haihh, dah cuba tarik tangan
dia time dia nak cuba hisap, tapi dia hisap balik. Jenuh dah buat
banyak kali,camtu jugak. Ada orang cakap tak elok baby hisap jari, nanti
gigi 'awning'.. Aish, takmola jadi lagu tu. Sapa2 ada cara tak nak bagi
baby hisap jari, roger2 la saya ye.Hihi. Tapi sangat comel bila dia
hisap jari. Macam ni
-
-
-
-
-
-
Mata mesti nak bulat bila posing |
Maluuu la saye |
Hihi..saya suka hisap jari |
Saya suka hisap jari sambil tengok 'wonderpets' |
Comments
Post a Comment
Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)