Mabuk di Aidilfitri

Assalamualaikum..




Erkk Aidilfitri???Ko raya kat negara mana ni Azie oii?? Orang Malaysia dah habis sambut Syawal dah pon.yg ganti puasa pon dah abis dah. Masuk bulan Zulkaedah dah. Ish-ish.ketinggalan bulan dan bintang sungguh la Azie ni..

Emm takpe ke saya nak cerita pasal raya saya ni? Dah berkulat kot cerita tu. Ade ke orang nak baca.Macam takde je. Takpela, saya tulis,saya sendiri la yang baca ye. Sadis sungguh ayat itu.

Ekceli raya Aidilfitri saya pada tahun ni sangatla tidak ada rasa raya. Sepatutnya newly wed lagila semangat kan nak beraya sakan kat kampung belah husband. Tapi saya?? Ekceli plan nak balik Ipoh (kampung husband) dalam dua hari. Then sehari sebelum raya nak bergerak ke Johor pulak ( kampung saya). Tapiii apakan daya, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Dah tertulis qada dan qadar saya ,raya tahun ini hanya dapat beraya di Ipoh sahaja. Haaa kenapa?? sila baca sampai habis, kalau tidak berlaku kesalahfahaman nanti.

Ok sambung... Ini adalah kerana saya mabuk pada hari raya tersebut..Okay2 sila baca sampai habis jugak, nanti berlaku pandangan serong terhadap saya..Ok sambung...Mabuk ni bukan mabuk sebab minum air gas beralkohol yang memabukkan tu, tapi mabuk ni disebabkan oleh ada makhluk kecil di dalam perot buncit slim saya ni. Means I am pregnant ( perasaan sangat happy + terkedu masa tahu saya mengandung). Masa tu kandungan dalam 3 minggu camtu. Saya start menyedari yang saya mengandung masa bulan puasa aritu. Nak tau bape hari saya tak puasa? 3 hari? No.no.no..tak mainla 3 hari. 3 minggu tuu. Hamek kau Azie. Jenuh nak mereplacekan puasa-puasa tu nanti. Serius badan saya terlalu lemah untuk berpuasa, disebabkan muntah-muntah dan pening-pening yang agak keterlaluan. Disebabkan risau badan saya collapse nanti,saya tutup mata je makan..makan..dan makan lagi. 

So bila dah masuk hari raya, badan saya stil lagi tak dapat handle alahan yang berlaku, so sepanjang hari raya itu saya hanya terlepek lemah di atas katil. Tanpa dapat membantu apa-apa pun during hari raya tu. Rasa sangat bersalah kerana telah menjadi anak menatu yang tak reti nak tolong mak mertua/mentua di dapur. Even MIL saya amat memahami keadaan saya (sebab masa dia pregnant dulu pun dia alahan yang agak teruk jugak), tapi saya still rasa macam anak menantu yang dah derhaka.Huhuuu. Bergambar raya pun tidak kelaratan okay. So tahun ni takde gambar raya. Beria beli baju raya,tudung raya cun-cun. Tapi buat pekasam je. Hukhukk.. Takpe,boleh recycle untuk raya tahun depan (tupun kalau still sama size la ye Azie :P )

Adoi penat la pulak mengadap PC ni. Serius sejak pregnant dah hampir 3 bulan ni saya sangat cepat penat. Dan rasa nak muntah sentiasa ada. Cukup kot setakat ni dulu. Next entry saya cerita simptom-simptom yang saya hadapi sepanjang kehamilan ni ye. Mekasih sebab sudi baca.  Doakan alahan saya ni beransur hilang ye chingu-chingu sekalian.


Perut saya tak sebesar ini lagi.huhu

Salam :)

Comments

  1. Wah..congratz dah pregnant! Take care ur self k.Oficemate saya pun sama mcm awak.Alahan teruk, seminggu je yang dia boleh puasa. Saya doakan awak dan baby sentiasa sihat.Aminn =)

    ReplyDelete
  2. congrate azie!harapharap de la rezeki untuk noora plak,doa2kan ye puan ibu..hehehe=)

    ReplyDelete
  3. wah tahniah azie..tumpang gembira :)

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya! Saya pulak yang teruja baca entri ni, hehe... semoga dapat cahaya mata yang baik-baik dan soleh... Amin :)

    ReplyDelete
  5. congrats azie...awal2 nih kna jg tol2...jgn wat kje brat2 sgt..sume kje biar faizul wat...hehe...take care~

    ReplyDelete
  6. congrats Azie! Jagalah diri n tingkah laku sebaik-baiknya coz akan affect kat baby dlm perut tu~ hehe

    ReplyDelete
  7. wa..zawi..congrates ye..he,biasela tu,dugaan nak ada baby..he..mst baby tomei nnt cz mami dia alahan teruk..ehehe..

    ReplyDelete
  8. homaiiiiii...aku baru arini tau yg ko pregnant!!! wahaha...congrats azie..semoga selamat untuk semuanya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts