Tips Berjaya Di Dalam Bisnes (Langkah persediaan)
Assalamualaikum
dan Hi,
Mungkin ada yang tahu dan yang tak tahu lagi. Saya sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan Shaklee disamping bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Dunia bisnes dan dunia jurutera amat jauh berbeza. Yang sama adalah cara untuk berjaya. So dengan baik hati dan jantung, saya nak sharelah dengan kawan2 bloggers semua, camno nak berjaya dalam bisnes. Tak kisahlah bisnes karipap gergasi ke, cendol bakar ke, karpet pakistan ke, semua boleh praktis tips ni:
1- Tetapkan matlamat anda:
*Cuba conteng-conteng atas kerja, tulis dan lukis aim dan target anda dalam bisnes.
* Contoh: Saya nak dapat income RM50,000 sebulan pada bulan September 2013 ni.
2- Akui kelemahan diri:
* Ikhlas dengan kelemahan yang ada pada diri sendiri dan cari jalan untuk mengatasinya. Kunci kejayaan sebenarnya terletak pada kebolehan kita memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri sendiri.
3- Kerja kuat dan Bijak:
* Awal-awal bisnes, kita kena berkorban banyak dari segi masa. Perlu rajin.
* Contoh: Yang bisnes online, masa pukul 12 malam ke 2 pagi lah waktu yang sempat nak update blog kan. Siang kerja, balik kerja nak layan anak dan suami. So masa anak dah tidurlah baru sempat godek PC.
4- Selalu berfikiran positif:
*Ambil yang positif, buang yang negatif.
5- Sentiasa mencuba sehingga berjaya:
* Jangan putus asa kalau gagal berkali-kali.
6- Lupakan bayang-bayang kegagalan masa lalu:
* Amik pemadam, pi padam bayang-bayang masa lalu ye :)
7- Bina harga diri
8- Amalkan etika kerja berdisiplin
9- Gigih meneruskan perancangan yang telah dirancangkan
10- Anda sendiri yang menentukan kejayaan anda:
* Yup! Anda sendiri. Bukan kucing gebu anda, bukan teddy bear masham anda, bukan beg Gucci bling-bling anda. ANDA sendiri.
11- Anda perlu berilmu:
* Masa kat sekolah, kat Uni memang cikgu dan lecturer takde ajar cara nak bisnes (kalau amik kos Bisnes, lain cerita ye). So rajin-rajinkan diri ulangkaji dengan Cikgu Google dan juga daripada mentor yang dah berjaya dalam bisnes.
12- Pupuk sikap membantu:
* Jangan lokek kedekut nak tolong orang lain yang inginkan ilmu daripada anda. Sharing is caring.
13- Bebaskan diri dari rasuah:
* Rasuah is BERDOSA dan HARAM !
dan ITEM PALING PENTING..Sila baca ni,
14- Sentiasa dekatkan diri kepada Allah:
* Banyakkan amalan rohani, berzikir, solat sunat. Insyallah rezeki akan datang dekat dengan anda.
Terima kasih kerana sudi membaca!
info yang sangat membantu... =)
ReplyDeleteLin Alin: Terima kasih sudi singgah :)
ReplyDeletethanks.................................................................................... !!!!
ReplyDeleteu r welcome :)
ReplyDeleteTips menarik. Terima kasih
ReplyDelete