Duit raya sebagai upah puasa
Assalamualaikum
..
Alhamdulillah, harini dah masuk Ramadhan yang ke 21. Meaning lagi 9 hari nak Hari Raya...Tahun ni confirm saya tak dapat duit raya dah.Jealous. Takpe,saya boleh tolong kumpul duit raya Darwish.Mama sediakan dompet besar.
Budak kecik ni x puasa, tapi dapat gak duit raya.camno tu?? Hihi.
Ganjaran duit/wang ringgit
Masa zaman saya kecik-kecik dulu, time nak bersalama-salaman dengan pak mak sedara, mereka akan tanya dulu. " Puasa ke tak ni? tak puasa tak dapat duit raya". Saya dengan muka yakinnya pun angguk-angguklah walaupun ada tinggal puasa sehari dua. Nak duit raya punya pasal kannn.
Jadi persoalannya di sini, perlu ke bagi duit raya berdasarkan performance puasa budak-budak tu? Lagi banyak hari yang dia puasa, lagi banyak duit raya dia dapat. Adil ke tak adil?
Dan selalu juga saya dengar setiap kali awal bulan puasa parents akan bagitau awal-awal . " Kalau Abu puasa penuh tahun ni, ibu akan bagi duit raya RM 300. Kalau puasa 10 hari je, ibu potong jadi RM 100 je". Perlukah mengajar dengan cara begini kat budak-budak yang baru nak membesar dan mengenal rukun Islam yang ke-3 ni. Sebab sepatutnya kita niat berpuasa kerana Allah, bukannya niat berpuasa sebab nak dapat duit raya atau ganjaran.
Ganjaran pahala
Sedari kecil lagi kita sepatutnya menanamkan sifat dalam diri anak kecil ni bahawa setiap perbuatan yang mengikut ajaran Allah dan mengikut setiap rukun Islam itu, ganjarannya adalah pahala dan ganjaran syurga di akhirat nanti yang diberikan oleh Allah.
Motivasi
Tapi kita tak boleh salahkan parents 100% sebab? Ada sebab kenapa parents berjanji bagai dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak sebagai ganjaran. Sebabnya adalah sebagai MOTIVASI.
Macam mama saya sendiri. Dia sanggup belikan PS2 untuk adik bongsu saya semata-mata tak nak bagi dia main kat luar dengan kawan-kawan dia.Main bola sepak kat padang. Kalau dah main kat padang, confirm2 lah bila balik rumah badan dah dehidrasi dan kehausan yang teramat sangat. Buat muka kesian dapatlah minum air soya dalam peti sejuk tu. Heaven sekejap. Bila dah ada PS2, main game dalam rumah yang berkipas dan selesa, takde keluar peluh bagai.Cuma jarilah lenguh sikit. Insyallah puasa bertahan sampai ke azan Maghrib.
Setiap parents ada cara masing-masing untuk didik anak mereka. Ada yang guna cara kekerasan. Ada yang sanggup tengok anak terdampar sampai masuk bawah kerusi nak tahan puasa. Ada juga guna cara pujuk-memujuk.
Jadi dengan motivasi dan ganjaran, sedikit sebanyak akan merubah psikologi anak-anak tu dan automatik they all akan jadi lebih bertenaga di bulan puasa. Selain memberi makanan yang berkhasiat ketika berbuka dan yang penting sekali ketika bersahur.
Selamat menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menjaga pandangan, pendengaran dan perbuatan dari perkara terlarang.
Wassalam
Comments
Post a Comment
Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)