TIPS UNTUK HAMIL DAN SUBUR
Assalamualaikum
Di sini saya nk kongsikan tips untuk hamil yang dipertik dari portal alamhamil.com
kelolaan gyne Raja Juhaidah dari Columbia Asia , Puchong. Antara yang
dikongsikan beliau adalah
1.
Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika
haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari
dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan
berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur
peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur
yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami
bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada
faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal
hamil.
2.
Jumpa doktor anda. Pastikan
anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst,
endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar
hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan
sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin
akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda
teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh
mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk
memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3.
Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya
anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin
boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira
BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat
optimal.
4.
Ketahui waktu subur anda. Hari
subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur,
anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan
tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba
perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan
senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya
mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5.
Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan
seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.
Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur,
berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih
senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini
mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma
dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma,
letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami
berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6.
Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan
kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat
termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan
elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks
seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia
mungkin sebab anda lambat hamil.
7.
Mengambil multivitamin. Adalah
disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin
harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula
disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran
sperma.
8.
Bersenam secara rutin . Bersenam
adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk
menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9.
Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami
masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah
satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal
terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita
baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan
haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
10.
Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni.
Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan.
Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda
seperti:
11.
Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok,
mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif
kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.
Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2
cawan sehari.
Antara cadangan supplement
dari shaklee adalah seperti berikut:
- Vit E, zink dan Bcomplex untuk suami
- Alfalfa, Vit E, B complex, gla untuk isteri
Saya
juga menggalakkan pasangan untuk mengambil VITALEA sebagai nutrisi tambahan
kerana vitalea adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk keperluan
tubuh. Boleh juga ditambah dengan ESP kerana ESP membantu dalam pembinaan
sel-sel baru yang sihat.
Bagaimana untuk
mendapatkan produk ini? Saya adalah
pengedar sah shaklee kawasan SHAH ALAM dan seluruh MALAYSIA. Hubungi saya untuk mendapatkan produk
shaklee anda hari ini
Azie Suhaimi
(ID 894147)
FB: Azie Suhaimi
No Tel:
012-3872690
Email:
innerbeauty2u@gmail.com
COD area: Shah Alam, Kl Sentral
Penghantaran ke
seluruh malaysia adalah melalui pos.
Wassalam
Comments
Post a Comment
Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)