Perbezaan Vitamin SEMULAJADI vs SINTETIK

Assalamualaikum
 
 
Jom baca apa beza antara vitamin semulajadi dan sintetik
 
 
Penghasilan
Vitamin NATURAL
Dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan SEMULAJADI dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
 
Vitamin SINTETIK
Dihasilkan dari MANUPULSAI bahan kimia yang mempunyai ciri2-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


 
Keserasian dengan badan
Vitamin NATURAL
Dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
 
Vitamin SINTETIK
Walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Ia memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.


 
Harga
Vitamin NATURAL
tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
 
Vitamin SINTETIK
biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.


 
Kesan kepada tubuh badan
Vitamin NATURAL
mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
 
Vitamin SINTETIK
oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


 
Kesan jangka panjang
Vitamin NATURAL
Tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
 
Vitamin SINTETIK
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Atau seperti objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
Pilihan di tangan anda…apa pun kesihatan tidak boleh dibeli dengan nilai wang ringgit, oleh itu peruntukkanlah sedikit wang anda demi mendapatkan vitamin yang baik dan berkualiti demi kesihatan anda dan keluarga. Anda seharusnya mula dari sekarang kerana nak sihat ketika usia emas bukan terjadi dalam sehari dua , ianya terbentuk dari amalan pemakanan yang sihat ketika usia masih muda lagi.
 
 
 
 
* Jadi fikir-fikirkanlah vitamin mana yang lebih banyak kebaikannya. Dah fikir? Jom bertukar ke vitamin semulajadi dan yang paling diyakini semestilah Shaklee :)
 
Wassalam

Comments

Popular Posts