Terung goreng berlada yang tak berapa pedas



Assalamualaikum 

Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita di bulan Ramadhan tahun ini. Syukur masih berpeluang berpuasa bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah tahun insyallah ni azie dapat fokus untuk masak makanan berbuka di rumah sebab dah resign dari engineer dan full time ada di rumah.  Makanya ligatlah kepala ni mencari idea nak masak apa . Nasib baik suami kata time weekend je makan kat luar. Dapatlah si isteri ni gantung kuali sekejap. Hihi. 

Bukan tak nak membeli di bazar. Cuma kekangan masa dan kudrat sebab kalau keluar ke bazar, confirm2 kena angkut dua hero ni sekali. Encik suami pula balik kerja dah nak2 dekat azan baru sampai rumah. Maka takpelah, kita masak aje dirumah. Lebih jimat dan lebih terjaga kebersihan. 

Okey, harini azie nak cerita mengenai masakan feveret saya dan encik suami time bulan puasa. Ianya sedap, berkhasiat dan sangatttt mudah di masak. Nama dia si terung goreng berlada.. Azie buat versi tak berapa pedas so that anak2 pun boleh makan. Nyummmm. Sambil taip ni pun perut dah bernyanyi2 dah ni..hihi. 

Jom tengok resepi dan cara-cara penyediaan:

Terung Goreng Berlada


Bahan-bahan:

1 biji terung panjang - belah dua dan potong kecil ikut saiz yang diingini
1 labu bawang besar - dimayang
1 sudu teh asam jawa - bancuh sedikit air
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
Bahan perasa (optional)


Bahan untuk ditumis

3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
( bahan di atas boleh diblender atau ditumbuk kasar )

Cara:

1. Blender atau tumbuk kasar bahan untuk ditumis 

2. Panaskan sedikit minyak , goreng terung hingga masak dan ketepikan

3. Guna minyak yang sama, tumis bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak

4. Masukkan air asam jawa dan sos cili dan kacau sebati

5. Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu

6. Masukkan gula dan garam dan kacau sebati

7. Masukkan terung ke dalam bahan tumisan dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.




Jika ada kekangan masa untuk ke kedai nak beli bahan2 di atas, don't worry be happy mommies. Lazada kan ada. Bahan-bahan dapur pun boleh beli online je tau. Mudah sangat untuk kita yang ada anak berbondong2 ni. Hihi.

Lagi-lagi sekarang ni Lazada ada buat jualan murah sempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang berlangsung dari 19 Mei sehingga 30 Jun ini ( di mana ada banyak diskaun hebat sehingga 90%) .

Di bawah ni antara bahan masakan yang boleh dibeli melalui Lazada 





Incase peralatan dapur pun takde, Lazada boleh bantu mommies semua. Kuali, senduk, blender dan peralatan lain pun ada jual tau. 





Harga memang murah punyer sebab Lazada kan tengah sale sekarang ni. Time2 murah camnilah kita boleh shopping sakan :)



Jadi apa menu uolls harini? Jom reramai join contest Lazada ni. Lazada mencari 80 pemenang unuk Ramadhan Raya Blogger Contest ni. Hadiah memang lumayan bernilai sehingga RM10,000. Tajuk contest berbeza ye tiap2 minggu. 
Nak join boleh klik banner ni :)













Comments

Popular Posts