Trip to Medan, Indonesia - Hari pertama (PART 1)

Assalamualaikum




Cewah..Belum start cerita lagi siap dah ada Part-part ye..Takpe, bahagi siap-siap ikut hari..senang untuk siapa yang nak buat rujukan.
Kami sangat beruntung sebab tiket flight saya, husband dan Darwish telah disponsored oleh abang ipar saya, Fazli..Mekasih daun keladi, nanti sponsor la kami lagi ye..Hihi..MAS masa tu ada promosi tiket,so alhamdulillah dapat murah sangat2.

Nilai tukaran wang lebih kurang RM 300 = 1 juta Rupiah..Tak pasal-pasal kami dah jadi jutawan segera pulak kan..Kayooo den..
Flight pukul 8.50 pagi. Seawal 7 pagi kami dah sampai di KLIA dengan menyewa teksi. Takut keciciran pak..Rombongan seramai 7 dewasa (family belah h +  2 baby montel. So kena sewa 2 buah teksi..


Di KLIA


Sila pastikan passport, IC anda dibawa sekali ye. PENTING tu

Dalam proses nak check in, 2 baby montel ni kami letakkan dalam troli. Supaya senang dikawal..Hihi.
Di atas troli beg. Darwish + Kisha (sepupu sepapat)

Penerbangan ke Medan hanya ambil masa selama lebih kurang 50 minit je..Tak sempat nak tidur, nak gi toilet pun takde perasaan. Darwish pulak tidur je sepanjang dalam flight tu. So keje saya dalam flight tu sibuk jadi paparazzi. Ambik gambar syok sendiri.Haha..
Di dalam kapal terbang MAS

Alhamdulillah, sampai di Medan udara dia tak berjerebu macam di Malaysia..So bolehlah kami jalan-jalan dengan selesa. Kami pergi sana gamble je. Takde booking travel agencies mana-mana pun. Keluar je daripada airport Medan, terus kena hurung dengan mat-mat indon yang nak tolong angkat beg. Diorang ni ulat beg kot. Sebab pakai redah je angkat beg kitorang, bawa pi teksi. Mula-mula saya ingatkan orang indon ni baik-baik,suka tolong tourist angkat barang. Rupanya idak..Pastu hulur tangan minta tips. Confirmlah kami takde duit kecik, sebab baru je sampai. Semua ada 100,00 Rupiah = RM 30...Banyak kott...Last2 saya korek dompet,jumpalah duit RM 1. Saya bagi dia RM 2...Dia tolak..Fuhh jual mahal. Dia cakap " Tak nak buk. Kalau RM 10 boleh"....Dah macam urusan tawar menawar pulak kat situ. Takde keje aku layan ko. Terus letak RM 2 tu kat tangan dia...Teksi pun terus gerak.
Selepas turun daripada kapal terbang

Kami di bawa oleh pak supir ke agensi pelancongan. Di sana kami boleh tanya macam-macam mengenai urusan perjalanan, hotel dll. Pakej akan diberi oleh agensi tu mengikut pilihan kami sendiri. Samada kami nak driver + kenderaan+ hotel+ makan minum atau kami hanya nak driver + kenderaan shj. Mereka ada mengatakan jika kami ambil pakej hotel sekali, boleh dapat harga murah berbanding kami pergi tempah di hotel itu sendiri. Mungkin termakan dengan kata-kata agensi tu, kami pun pilih pakej sekali dengan hotel. Jadi total untuk pak supir (driver)+ kenderaan+ petrol+ 3 buah bilik hotel selama 4 hari 3 malam = 2 juta Rupiah = RM 600
Di dalam agensi pelancongan

Selepas dah settle semua bayaran, kami pun bergerak menaiki MPV yang dipandu oleh Pak Agus. Terus kami cakap nak makan sebab masing-masing dah kelaparan. Tapi dengan syarat taknak makan kedai tepi jalan. Bukan apa, lebih baik mencegah dari mengubati. Kita tak tahu kebersihannya macam mana kan. Atleast kalau makan di restoran tu rasa yakin la sikit kan. Kami dibawa ke Restoran Sederhana. Harap harga makanannya pun sederhana jela ye.

Sistem di restoran ni lain sikit. Kalau kita cakap nak makan pakej, pelayan dia akan bawa semua lauk-pauk dari cucu piut hinggalah ke tok nenek nya. Penuh meja. Tapi pelanggan hanya perlu bayar harga lauk yang kita ambil je. Walaupun kita sentuh secubit je, tu pun kena bayar juga tau. So ambil mana yang kita betul2 confirm akan makan dan akan habiskan. Kebanyakan makanan indon ni pedas-pedas belaka. Siapa yang tak tahan pedas tu, berhati-hati sebelum telan ye.

Total makan untuk 7 dewasa RM 90 = 300,000 Rupiah ( mahal ke tak? tepuk dada tanya dompet)


Info penting:

* Jika bawa baby,pastikan anda bawa bersama kipas bateri atau kipas tangan. Sebab ketika di Medan cuaca amat panas. Risau baby tak tahan panas je.
* Ketika di airport Medan, awasi bagasi/beg anda. Pegang je beg tu. Takut kalau ulat beg nampak, terus nak tolong diangkatnya ke teksi. Tak pasal-pasal kena bayar tipas RM 10..Huhu..Takpun kalau ulat beg tanya nak tolong angkat beg ke tak, jawabnya "x pe pak, kami bisa angkat sendiri". Hihi
* Pastikan agensi pelancongan menawarkan supir + kenderaan yang selesa dan berhawa dingin. Jika ramai dalam 7 orang ke 10 orang, mohon mereka untuk dapatkan van. Sebab perjalanan yang panjang dan lama , so kenalah duduk dalam keadaan yang selesa.


~ Sambung PART 2 next entry

Wassalam

Comments

Popular Posts