Perkembangan Darwish 8 bulan

Assalamualaikum 

Alhamdulillah. My lil' hero, si Darwish yang bambam tu dah masuk 8 bulan..Fuhh dan besar panjang anak mama ni ye. La ni dah macam-macam benda dia tahu buat. 
- Pandai bergolek..Dari tilam sampailah ke bawah meja
- Pandai bangun nak cuba duduk, lepastu jatuh tergolek (pernah sekali jatuh dari bouncer dia,dari jauh saya berlari nak sambut.Nasib baik tak jatuh tersembam)

-Pandai duduk tapi dengan bantuan 




- Pandai ikut apa yang kita cakap (tapi dengar tang perkataan yang hujung-hujung jela). Contoh saya tunjuk flashcard 'Anggur' sambil sebut perkataan "anggur", then dia tengok mulut saya pastu cakap " gor..gor"..Haha bijak betul anak mama ni..Perkataan yang dia selalu sebut lagi " ata..ata" (maksudnya dia nak kita dokong dia..kalau tak dokong,alamatnya nangis berlagu-lagu la dia)... " mam..mam" (nak makan bubur nasi) .." tek" (nak menyusu badan)..."ba..ba" (saya tak sure maksud dia apa, ayah kot.hihi)

- Pandai main laptop..( Habis laptop mama n ayah dia kena lepuk )


- Suka berjalan..So bila letak dalam walker,laju je ke hulu hilir dalam rumah tu

- Pandai tengok berita di tv,lepas tu ketawa sorang-sorang. Macam faham je pemberita tu cakap apa
- Paling suka time iklan 'Bananana' kat tv3..Kalau tengah buat benda lain, confirm dia akan kalih nak tengok iklan tu
- Nampak je makanan or nampak orang makan, mulut dah kumat-kamit ,pastu air liur meleleh-leleh..Haha..sian tengok

- Pandai minum air guna cawan.(Tapi air meleleh-leleh kot bawah mulut )
 
- Pandai menjerit dengan nyaring sekali.( Kalau dok dekat,mau berdesing telinga saya dibuatnya.Huhu..Sabor jela )
 - Pandai makan sambil tido.Haha..Ciann anak mama,ngantok sangat la tu





"Saya bersyukur pada mu Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada saya dan suami untuk melihat perkembangan anak kami dari hari ke hari, dan alhamdulillah anak kami membesar dengan sihat.Itu yang penting kan..Semoga Darwish menjadi anak mama dan ayah yang soleh, bijak pandai,cerdik, mendengar kata mama ayah,hormat orang tua ye sayang...Amin"


Wassalam

Comments

  1. rindunye bambam tomey nie...

    ReplyDelete
  2. ija: bambam tomey makin suka berborak skrg ni..nanti bolehla borak dgn ty ija ye

    ReplyDelete
  3. hehehe...blh2.. suke tgk gmbr die dlm bby stroller tu.. muke nakal yg dah bjya buat smting.. heheh..

    ReplyDelete
  4. ija: masa ni opah tengah agah2 dia..tu yg suka sangat dia tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Kamsamida pada sape2 yg sudi komen :)

Popular Posts